Membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar Melayu UiTM Pahang / Che 'Asniza Osman and Jahjaiton Arsad

Saban hari di dada akhbar dan di televisyen, sering disiarkan masalah berkaitan dengan orang Melayu: tercicir pelajaran, ketinggalan dalarn perniagaan, kurang kepakaran dalam bidang teknologi, tidak cukup makan, tidak cukup wang dan segala-galanya yang menyedihkan. Persoalan ini banyak berkait rapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Osman, Che 'Asniza, Arsad, Jahjaiton
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58472/1/58472.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58472/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Saban hari di dada akhbar dan di televisyen, sering disiarkan masalah berkaitan dengan orang Melayu: tercicir pelajaran, ketinggalan dalarn perniagaan, kurang kepakaran dalam bidang teknologi, tidak cukup makan, tidak cukup wang dan segala-galanya yang menyedihkan. Persoalan ini banyak berkait rapat dengan akar umbi orang Melayu itu sendiri. Contohnya, bagaimana orang Melayu mendidik anak. Sejak zaman ke zaman, ibu bapa selalu berpesan kepada anak-anak supaya belajar sungguh-sungguh, dapat markah dan keputusan yang baik supaya boleh dapat keIja yang baik serta gaji yang lumayan sama ada bekerja dengan kerajaan atau swasta. Pesanan ini seolah-olah menjadi "darah daging" kita masyarakat Melayu. Pendek kata jauh sekali pesanan yang berbunyi "belajar bersungguh-sungguh dapat markah dan keputusan baik, jadilah majikan yang baik dan usaha dapat pendapatan yang lumayan". Dengan pendekatan ungkapan yang kedua iaitu,"jadilah majikan" itu akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri kepada suatu pekeraan yang akan membentuk peribadi yang lain daripada ungkapan yang pertama. Pendekatan pertama menjerumuskan seseorang kepada pekerjaan yang tidak mencabar seperti "makan gaji" manakala ungkapan kedua boleh menjerurnuskan seseorang kepada keusahawanan. Keusahawanan sekarang menjadi satu bidang yang amat penting khususnya di dalam negara kita yang masih terus berkembang. Keadaan sedemikian mampu menyediakan persekitaran kondusif untuk melahirkan peluang baru kepada masyarkat.