Menghormati agama lain sebagai pelengkap terhadap penjagaan agama islam dalam maqasid syariah / Syed Muhammad Adib Termizi Ahmad Al Jafari

Membina keharmonian di dalam sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama bukanlah sebuah perkara yang mudah. Begitu juga untuk menjaga keharmoniaan yang telah sedia ada memerlukan usaha yang keras, kerana ia diibaratkan sebagai sesuatu yang amat rapuh dan mudah dihancurkan walau de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Al Jafari, Syed Muhammad Adib Termizi
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58388/1/58388.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58388/
https://jcis.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Membina keharmonian di dalam sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama bukanlah sebuah perkara yang mudah. Begitu juga untuk menjaga keharmoniaan yang telah sedia ada memerlukan usaha yang keras, kerana ia diibaratkan sebagai sesuatu yang amat rapuh dan mudah dihancurkan walau dengan sebuah perkataan berunsur perkauman. Keharmonian dalam masyarakat majmuk juga memberikan suasana yang kondusif bagi perkembangan agama Islam. Oleh yang demikian, Nabi SAW dan para sahabat amat menjaga keharmonian di antara kaum dan agama dalam sesebuah negara. Akan tetapi kenyataan menghormati agama lain telah disalahertikan oleh sebahagian orang Islam pada hari ini dengan menganggapnya bertentangan dengan al-Quran serta bercanggah dengan maqasid dharuriyyat iaitu menjaga agama Islam. Bertitik tolak dari kesilapan tersebut, kertas kerja ini bertujuan membuktikan bahawa menghormati agama lain tidaklah bertentangan dengan prinsip menjaga agama Islam, bahkan ia adalah penyempurnaan terhadapnya. Dalam mencapai tujuan tersebut Penulis telah menggunakan kaedah analisis dokumen di dalam kertas kerja ini dengan mengetengahkan contoh-contoh penghormatan terhadap golongan bukan Islam yang ditunjukkan Nabi SAW dan para sahabat, yang mana darinya dapat dihuraikan maksud diantara wala’ terhadap golongan bukan Islam yang dilarang dan galakkan menjalin hubungan baik bersama mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa menghormati agama selain Islam dituntun oleh ajaran Islam dan ia merupakan penyempurnaan terhadap penjagaan agama Islam itu sendiri.