Keberkesanan penggredan makmal : Kajian kes makmal Fakulti Kejuruteraan Awam, UITM Pahang, Kampus Jengka / Noraida Mohd Saim …[et al.]

Penggredan makmal merupakan satu daripada kaedah yang penting dalam membuat penilaian sesuatu keadaan makmal untuk mengenalpasti segala aspek dipatuhi. Penggredan makmal yang telah dilaksanakan di 8 makmal Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Pahang mulai awal tahun 2010 melibatkan 2 fasa penggredan iait...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Saim, Noraida, Alias, Rohaya, Muftah, Fadhluhartini, Mohsan, Nor Maslina, Mohd Sani, Mohd Syahrul Hisyam, Bachok, Mohd Fairuz, Osman, Ahmad Rasidi, Jaafar, Mohd Risham, Wan Abdullah, Wan Zukri, Omar, Norizah, Mohd Noor, Nur Asmaliza, Khalid, Khairi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58180/1/58180.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58180/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggredan makmal merupakan satu daripada kaedah yang penting dalam membuat penilaian sesuatu keadaan makmal untuk mengenalpasti segala aspek dipatuhi. Penggredan makmal yang telah dilaksanakan di 8 makmal Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Pahang mulai awal tahun 2010 melibatkan 2 fasa penggredan iaitu pada Jun 2010 dan Oktober 2010 menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat peningkatan kepada gred yang lebih baik. Ini adalah melalui perbandingan penggredan Fasa 1 dengan Fasa 2. Penggredan makmal ini adalah berasaskan kepada 10 kriteria iaitu kebersihan, keselamatan, keseragaman, ruang, kemudahan pengguna, kekemasan susunatur, pengurusan, persekitaran, keceriaan dan persepsi/pematuhan. Daripada penilaian secara keseluruhan, 9 kriteria menunjukkan peningkatan, manakala 1 lagi kriteria menurun. Penggunaan SGredmal bagi kajian terhadap Fasa 1 dan Fasa 2 juga telah mencatatkan sebanyak 52.5 % peningkatan, 37.5% kekal dan 10% penurunan bagi penggredan semua kriteria bagi keseluruhan makmal FKA UiTM Pahang. Peningkatan disebabkan oleh penggredan ini yang menyatakan kelemahan melalui perbincangan, laporan, gambar, markah dan gred yang mana dapat membantu kepada pembetulan dan penambahbaikan. Semoga penggredan makmal dapat terus diperluaskan penggunaanya memandangkan makmal merupakan salah satu keperluan utama pendidikan terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi.