Kejohanan tenpin boling antara bahagian Piala Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang 2021 / Melati Desa
Kejohanan Tenpin Boling Antara Bahagian Piala Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang merupakan sebuah acara tahunan institusi berkenaan. Walaupun dalam surat kebenaran dan jemputan temasya tersebut menyatakan bahawa antara tujuan program dijalankan adalah untuk mencungkil bakat baru dalam acara boling, i...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
Academy of Language Studies
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58167/1/58167.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58167/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kejohanan Tenpin Boling Antara Bahagian Piala Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang merupakan sebuah acara tahunan institusi berkenaan. Walaupun dalam surat kebenaran dan jemputan temasya tersebut menyatakan bahawa antara tujuan program dijalankan adalah untuk mencungkil bakat baru dalam acara boling, ianya bukanlah satu kemestian untuk para peserta APB. Kami ketepikan tujuan tersebut, sebaliknya memberi fokus kepada beberapa tujuan lain seperti untuk membentuk minda dan tubuh badan yang sihat, untuk membina semangat ukwah yang kukuh, untuk menjalinkan silaturrahim antara bahagian dan fakulti di institusi, untuk mewujudkan suasana ceria, sebagai riadah rohani dan jasmani setelah melaksanakan tugas hakiki dalam pengajaran dan pembelajaran sepanjang semester, dan banyak lagi faedah yang dapat dikutip dalam menyertai pertandingan acara boling tahunan ini. Pada tahun ini tarikh 28 Desember 2021 (Selasa) sebagai salah satu hari dalam cuti semester ditetapkan sebagai hari kejohanan, ini bermaksud tarikh tersebut bertindan dengan cuti tahunan sekolah. Hal ini menyebabkan sambutan peserta tidak begitu menggalakkan dalam kalangan staf APB. Kekangan tertentu atau lebih tepat lagi, keutamaan harus diberikan kepada keluarga, maka tarikh cuti semester dan cuti sekolah dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pemain boling APB. Menyedari akan tarikh cuti berganda tersebut, pihak penganjur telah menggabungkan fakulti dan bahagian dalam usaha untuk melengkapkan pencarian peserta. Seperti tahun-tahun sebelumnya, ACIS digabungkan dengan APB. Saya, selaku ketua kumpulan trio wanita APB dapat mengumpul 2 orang peserta lain dan senarai kumpulan kami adalah seperti berikut |
---|