Risiko kemalangan jalan raya di sepanjang jalan-jalan utama menuju UiTM Pahang, Kampus Jengka / Ahmad Amzari Yaccob …[et al.]

Perjalanan menuju dan pulang dari tempat kerja merupakan aktiviti rutin para pekerja. Semakin jauh jarak perjalanan, maka semakin tinggi risiko untuk berlakunya kemalangan. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), sebanyak 34394 kes kemalangan yang membabitkan para pekerj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yaccob, Ahmad Amzari, Osman, Ahmad Rasidi, Muftah, Fadhluhartini, Bachok, Mohd Fairuz, Zainudin, Mohd Razmi, Jaafar, Mohd Risham, Mohd Sani, Mohd Syahrul Hisyam, Mohsan, Nor Maslina, Mohd Saim, Noraida, Alias, Rohaya, Wan Abdullah, Wan Zukri, Jamil, Zadariana
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58113/1/58113.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58113/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perjalanan menuju dan pulang dari tempat kerja merupakan aktiviti rutin para pekerja. Semakin jauh jarak perjalanan, maka semakin tinggi risiko untuk berlakunya kemalangan. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), sebanyak 34394 kes kemalangan yang membabitkan para pekerja yang berulang-alik dari tempat kerja berlaku pada tahun 2009. Angka yang tinggi ini menunjukkan bahawa setiap pekerja yang berulang-alik dari tempat kerja terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan. Kemalangan jalan raya mendatangkan pelbagai kesan buruk di mana kemalangan jiwa merupakan kesan yang terburuk. Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tempat-tempat yang mempunyai potensi untuk berlakunya kemalangan di sepanjang jalan-jalan utama menuju UiTM Pahang, Kampus Jengka. Jalan-jalan kajian adalah jalan dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran kerana jalan-jalan ini merupakan jalan utama yang digunakan oleh para staf UiTM Pahang, Kampus Jengka untuk berulang-alik dari tempat kerja. Pengenalpastian dilakukan melalui rekod-rekod kemalangan, pelan jalan dan pemerhatian di sepanjang jalan. Profil risiko kemalangan bagi setiap jalan dihasilkan supaya lokasi-lokasi ini mudah dikenalpasti serta bagi mendapatkan gambaran yang jelas akan risiko kemalangan setiap jalan. Ini secara langsung memberikan maklumat kepada para staf UiTM Pahang supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Langkah ini perlu memandangkan terdapatnya rekod kemalangan yang membabitkan staf UiTM Pahang, Kampus Jengka. Semoga langkah ini dijadikan sebagai langkah pembetulan bagi menangani masalah kemalangan dan seterusnya diperluaskan langkah ini ke cawangan-cawangan UiTM yang lain.