Indah Saujana Enterprise / Fazilah Azmi ... [et al.]

INDAH SAUJANA ENTERPRISE dianggotai oleh lima orang rakan kongsi yang mejadi penggerak dalam memberi perkhidmatan lanskap. Disamping itu, perniagaan ini juga turut memasarkan pokok-pokok hiasan. Usaha ini akan dimulakan pada 1 Januari 2003. Ianya akan didaftarkan di atas nama Indah Saujana Enterpris...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmi, Fazilah, Idris, Khairiah, Ismail, Nazahiyah, Ahmad, Rusfiza, Abd. Malik, Zaiton
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 2000
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57785/1/57785.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57785/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:INDAH SAUJANA ENTERPRISE dianggotai oleh lima orang rakan kongsi yang mejadi penggerak dalam memberi perkhidmatan lanskap. Disamping itu, perniagaan ini juga turut memasarkan pokok-pokok hiasan. Usaha ini akan dimulakan pada 1 Januari 2003. Ianya akan didaftarkan di atas nama Indah Saujana Enterprise dan berlokasi di Lot 408-B, Jalan Alor Gunung, 05100 Mergong, Alor Setar, Kedah. Selain daripada menyediakan kawasan lanskap yang mencukupi adalah juga wajar setiap cadangan pembangunan turut dilengkapkan dengan cadangan pelan lanskap yang disediakan dan direka bentuk oleh profesional yang berkelayakan dalam bidang lanskap seperti Arkitek Lanskap. Dengan cara ini masalah penyediaan ruang, jarak dan jenis penanaman dapat ditangani. Disamping itu lanskap yang menarik dan berkualiti dapat diwujudkan. Hasrat mewujudkan persekitaran yang menarik, selesa dan selamat tidak akan tercapai sekiranya pengertian, prinsip, elemen dan fungsi lanskap tidak difahami dengan lebih mendalam. Pemahaman yang jelas dalam bidang lanskap adalah penting supaya ianya tidak disalahertikan sebagai penanaman pokok sahaja. Lanskap merangkumi seni mengolah, mereka bentuk dan mereka cipta situasi yang sesuai dan bertepatan dengan kepeduan setempat berdasarkan penggunaan bahan tanaman dan elemen binaan lain.