Permasalahan dan penggunaan internet di kalangan guru: satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak / Zamrie Bujang

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti kajian permasalahan dan penggunaan Internet di kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak. Seramai 30 responden telah dipilih daripada jumlah keselurhan guru yang mengajar di sekolah tersebut. Responden yang terl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bujang, Zamrie
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57596/1/57596.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57596/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti kajian permasalahan dan penggunaan Internet di kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak. Seramai 30 responden telah dipilih daripada jumlah keselurhan guru yang mengajar di sekolah tersebut. Responden yang terlibat dalam menjayakan kajian ini adalah adalah guru yang mengajar pada sessi pagi yang melibatkan Tingkatan Tiga (3) sehingga Tingkatan Enam (6). Hasil daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa kesemua responden mempunyai pengetahuan asas dalam melayari Internet. Lantaran itu, hasil daripada kajian yang dilakukan selama 3 bulan ini, penyelidik mendapati kesemua guru yang mengajar di sekolah tersebut menggunakan Internet untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, dengan adanya kajian yang telah dilakukan ini, adalah amat di harap pihak pentadbiran sekolah dan pihak yang tertentu akan dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran para guru menggunakan sumber-sumber maklumat yang telah sedia ada dan dapat digunakan untuk memajukan anak bangsa pada masa akan datang kelak. Dengan adanya kesedaran terhadap kepentingan maklumat ataupun literasi maklumat, para guru akan lebih bersedia untuk menjadi tenaga pengajar yang berkebolehan agar setiap ilmu yang dicurahkan kepada anak murid mereka akan dapat dimanipulasikan dengan lebih efisyen.