Kajian terhadap keberkesanan penggunaan telesidang sebagai media pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / Mazlizam Ramli

Penggunaan telesidang sebagai media pembelajaran mernpakan salah satu hasil lonjakan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Namun sebagai teknologi baru ianya masih lagi mempunyai kelemahan dibandingkan dengan pendekatan yang sedia ada iaitu secara syarahan bersemuka. Melalui kajian lepas menda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramli, Mazlizam
Format: Thesis
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57404/1/57404.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57404/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan telesidang sebagai media pembelajaran mernpakan salah satu hasil lonjakan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Namun sebagai teknologi baru ianya masih lagi mempunyai kelemahan dibandingkan dengan pendekatan yang sedia ada iaitu secara syarahan bersemuka. Melalui kajian lepas mendapati terdapat penilaian terhadap pengalaman beberapa buah hospital yang telah berjaya menggunakan telesidang ini. Seramai 20 orang pelajar dari Fakulti Pernbatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) telah diuji berdasarkan penilaian mereka terhadap media tersebut. Melalui kajian yang dibuat terdapat empat objektif utama yang telah dibentuk iaitu (1) Untuk melihat keberkesanan penggunaan audio telesidang dalam proses pembelajara. (2) Menilai tahap kualiti persembahan (technical aspect) audio telesidang sebagai media dalam pembelajaran. (3) Mengenalpasti keberkesanan halacara audio telesidang dart aspek-aspek logistik dalam proses pembelajaran. (4) Untuk mengenalpasti keberkesanan interaksi antara pelajar-pelajar dan pemudahcara (facilitator) semasa menggunakan telesidang. Terdapat dua kaedah pengumpulan data maklumat dan instrument yang digunakan iaitu melalui borang kaji selidik dan pemerhatian. Secara keseluruhannya, memfokus kepada keberkesanan audio telesidang yang digunakan dapat dirumuskan besada pada tahap yang baik kecuali penilaian tahap kualiti persembahan berada pada tahap yang sederhana. Ini memberi ruang kepada pihak Fakulti Perubatan HUKM untuk memperbaiki program yang sedia ada.