Transkrip temu bual bersama Encik Azman bin Abd Kadir mengenai pengalaman beliau di KTM Sedenak sebagai ketua stesen/ Nur Ain Farisah Ahmad Termiji & Syarifah Nurhaziqah Syed Sukri

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem pergangkutan awam yang efisyen. Pengangkutan awam ialah sistem pengendalian pengangkutan yang dimana ia membenarkan orang ramai untuk ke sesuatu destinasi yang ingin dituju. Malahan terdapat pelbagai kategori pengangkutan awam seperti pengangkut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Termiji, Nur Ain Farisah, Syed Sukri, Syarifah Nurhaziqah
Format: Monograph
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56414/1/56414.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56414/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem pergangkutan awam yang efisyen. Pengangkutan awam ialah sistem pengendalian pengangkutan yang dimana ia membenarkan orang ramai untuk ke sesuatu destinasi yang ingin dituju. Malahan terdapat pelbagai kategori pengangkutan awam seperti pengangkutan darat, pengangkutan air dan pengangkutan udara. Pengangkutan darat merupakan sistem pengangkutan yang paling utama di Malaysia iaitu dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan melalui jalan raya atau kereta api. Kereta api merupakan satu pengangkutan awam yang telah lama digunakan oleh rakyat Malaysia. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan keretapi yang sudah lama wujud di Malaysia. Stesen KTM Sedenak merupakan salah satu stesen KTM yang pernah wujud suatu ketika dahulu. Objektif sejarah lisan ini adalah untuk merungkai sejarah dan peristiwa yang tidak pernah diceritakan atau direkodkan mengenai KTM Sedenak. Kaedah temu bual telah dijalankan bersama tokoh KTM Sedenak bagi merekodkan sejarah dan menambahkan pengetahuan tentang penubuhan dan penutupan KTM Sedenak serta peristiwa yang pernah berlaku di stesen ini. Segala yang tercatat di dalam penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman tokoh tersebut. Di samping itu, kaedah sejarah lisan ini juga berpeluang bagi seseorang tokoh itu untuk berkongsikan cerita dan peristiwa yang pernah dihadapi oleh beliau.