Pembentukan modul Undi18@School untuk pendidikan kenegaraan dan demokrasi kepada belia 18-21 tahun / Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar ... [et al.]

Pada 16 Julai 2019, Parlimen Malaysia melalui Perkara 119 Pindaan 2019 telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Undi 18. RUU ini membolehkan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan belia u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Abdul Ghapar, Wan Rohila Ganti, Che Mohd. Razali, Che Hamdan, Ahmad, Muhamad Fazil, Abdul Latip, Abdul Rahman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56381/1/56381.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56381/
https://ispike2021.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 16 Julai 2019, Parlimen Malaysia melalui Perkara 119 Pindaan 2019 telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Undi 18. RUU ini membolehkan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan belia untuk sama berpartisipasi dalam politik, sekaligus menjadi ukuran awal kepada kematangan demokrasi di Malaysia. Namun, permasalahan paling ketara pada pelaksanaan RUU Undi18 adalah berkenaan dengan tahap pengetahuan politik kenegaraan yang cetek di kalangan golongan belia, di samping ketiadaan silibus khas berkaitan dengan politik, demokrasi dan kenegaraan di sekolah. Modul UNDI18@School tampil sebagai solusi untuk mengisi kelompongan ini, dengan menawarkan 4 modul interaktif yang ringkas namun padat dengan infomasi bersesuaian dengan tren pembelajaran di kalangan anak muda. Modul 1: Perjuangan Kemerdekaan di Tanah Melayu dan Asas Pembentukan Perlembagaan Negara; Modul 2: Sistem Pemerintahan Negara; Modul 3: Latar Belakang Parti Politik Utama di Malaysia; dan Modul 4: Simulasi Kempen Pilihanraya. Kesemua modul akan dipersembahkan menggunakan aplikasi Powtoon dan Toonly, manakala simulasi pilihanraya melibatkan penyertaan menyeluruh dari peserta. Modul UNDI18@School ini telah diaplikasikan kepada pelajar Tingkatan 6 Atas di Terengganu. Ukuran tahap pemahaman peserta terhadap modul ini adalah melalui 10 soalan yang diukur menggunakan aplikasi Kahoot!. Impak maksima Modul UNDI18@School adalah pendidikan politik dan kenegaraan dapat disuntik kepada bakal pengundi belia tanpa melalui proses pembelajaran ilmu politik dan kenegaraan secara formal dan membosankan di bilik darjah. Dengan ilmu yang diperolehi ini, para belia 18 – 21 tahun akan mengundi calon pilihanraya dengan ilmu dan maklumat yang tepat.