Transkrip temubual bersama Puan Zaiton binti Kassim Alumni ITM pada tahun 1974 mengenai pengalaman beliau sewaktu mengambil Kursus Kajian Perpustakaan/ Noraishah Intau Azmi & Ayla Farihah Subry

Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan seorang alumni dari Fakulti Pengurusan Maklumat dari ITM yang telah mengambil Diploma dalam Kursus Kajian Sains Perpustakaan pada tahun 1974. Pada hari ini dapat kita saksikan perubahan demi perubahan dalam struktur pendidik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmi, Noraishah Intau, Subry, Ayla Farihah
Format: Monograph
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56271/1/56271.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56271/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan seorang alumni dari Fakulti Pengurusan Maklumat dari ITM yang telah mengambil Diploma dalam Kursus Kajian Sains Perpustakaan pada tahun 1974. Pada hari ini dapat kita saksikan perubahan demi perubahan dalam struktur pendidikan dan sejarah awal Fakulti Pengurusan Maklumat serta sejarah awal penubuhan ITM yang telah berubah dari semasa ke semasa. Hakikatnya ini menyebabkan ramai pelajar di kalangan Fakulti Pengurusan Maklumat itu sendiri yang tidak mengetahui sejarah dan asal usul perkembangan Fakulti Pengurusan Maklumat ini. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh yang telah memberikan jasa dan pelbagai sumbangan, projek sejarah lisan ini akan cuba mengungkap kebenaran sebenar disebalik sistem pembelajaran dan subjek serta kursus yang telah dipelajari sewaktu mengambil Diploma Kajian Sains Perpustakaan dahulu. Kajian ini juga turut memfokuskan secara menyeluruh tentang peristiwa indah dan kenangan sewaktu menuntut pelajaran di ITM, pengalaman kerjaya dan karier sepanjang kehidupan serta segala sumbangan dan jasa yang telah diberikan dalam Fakulti Pengurusan Maklumat. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi sekarang dan generasi akan datang akan lebih mengenali tokoh yang telah berjasa serta menjadikan pengalaman kehidupan tokoh yang telah berjasa serta menjadikan pengalaman kehidupan tokoh sebagai pengajaran dan pandua yang lebih memberikan inspirasi.