Warisan dan pelestarian ekonomi maritim era kontemporari / Siti Nurul Izza Hashim … [et al.]

Malaysia diklasifikasikan sebagai sebuah negara maritim berdasarkan kepada keadaan geografinya yang terletak di laluan utama perdagangan antarabangsa. Sejarah tamadun Melayu telah membuktikan bahawa ekonomi maritim berjaya membangunkan pelabuhan-pelabuhan terpenting sehingga meniti arus kecemerlanga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Siti Nurul Izza, Abd Wahab, Nor Azlina, Wan Hasan, Wan Hasmat, Che Man, Norajila, P. Rameli, Mohd. Faizal
Format: Article
Language:English
Published: Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55731/1/55731.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55731/
http://www.cipsf.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia diklasifikasikan sebagai sebuah negara maritim berdasarkan kepada keadaan geografinya yang terletak di laluan utama perdagangan antarabangsa. Sejarah tamadun Melayu telah membuktikan bahawa ekonomi maritim berjaya membangunkan pelabuhan-pelabuhan terpenting sehingga meniti arus kecemerlangan melalui aktiviti perdagangan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti perkembangan ekonomi maritim sebagai warisan dalam tamadun Melayu. Di samping itu, kajian ini turut menganalisis pelestarian ekonomi maritim era kontemporari yang dilihat sebahagian daripada sejarah dan harta negara yang tidak terukur nilai bagi menjamin kepentingan generasi akan datang. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap sumber primer dan sekunder. Kajian sejarah dan kajian dokumen turut dilakukan bagi memastikan kesahihan setiap maklumat yang dikemukakan dan menilai fakta yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa ekonomi maritim telah memperkukuhkan industri maritim dan menjadi teras kemakmuran ekonomi Malaysia. Oleh itu, kelestarian ekonomi maritim era kontemporari perlu diperkasakan bagi memastikan sektor maritim kekal utuh di persada antarabangsa. Implikasi kajian ini ialah ekonomi maritim merupakan satu warisan masyarakat Melayu tradisi yang kekal sehingga kini dalam pelbagai sektor secara relatifnya komprehensif dan tidak terhad kepada industri perkapalan sahaja