Administer it Right! / Farihah Hassan ... [et al.]

‘Administer it Right’ adalah produk berbentuk infografik dan nota serahan tugas bagi jawatan Ketua Pusat Pengajian (KPP) dan Koordinator Program (KP) di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). Jawatan pentadbir akademik merupakan jawatan pentadbiran yang bakal di pegang untuk satu ja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Farihah, Mohd Zain, Zarina, Ustadi, Yus Aznita, Lokman, Asmidar, Abd Rahman, Farah Adilla, Yaakob, Ahmad Faiz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55712/1/55712.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55712/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:‘Administer it Right’ adalah produk berbentuk infografik dan nota serahan tugas bagi jawatan Ketua Pusat Pengajian (KPP) dan Koordinator Program (KP) di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). Jawatan pentadbir akademik merupakan jawatan pentadbiran yang bakal di pegang untuk satu jangkamasa selama dua tahun oleh mana-mana staf akademik yang dilantik dan ianya bukanlah jawatan tetap. Oleh kerana ianya merupakan jawatan yang dilantik untuk dua tahun, makanya pemegang jawatan bukan lah sentiasa staf yang sama. Disebabkan tiada satu garis panduan mahupun manual rujukan yang tersedia untuk rujukan pemegang jawatan pentadbir akademik yang baru, timbul kesukaran untuk memahami proses dan perjalanan skop kerja yang akhirnya membawa kepada berbagai cara kerja pentadbir akademik yang boleh mengelirukan. Oleh yang demikian, ‘Administer it Right’ dilihat berupaya memudahkan pentadbir akademik yang baru dilantik sebagai panduan selain dari buku panduan akademik dan Pekeliling sedia ada. Produk ini juga telah disokong oleh dapatan hasil kaji selidik yang dibuat ke atas beberapa mantan dan penjawat pentadbir akademik yang mana ianya membuktikan keperluan terhadap panduan prosedur dan tadbirurus pentadbiran akademik. Akhir kata, produk ini menyumbang kepada dokumen bertulis dengan kaedah rujukan yang mudah serta lengkap bagi kegunaan penjawat akademik FSPPP.