Analisis faktor penerokaan dan korelasi antara Manhaj Rabbāniyy dengan kredibiliti komunikator Islam / S Salahudin Suyurno … [et al.]

Penyampaian mesej yang berunsurkan keislaman untuk dijadikan milik bersama adalah tugas setiap komunikator Islam. Justeru, komunikator Islam seharusnya kembali kepada asas penyampaian maklumat yang dikenali sebagai disebut manhaj rabbanīyy demi mewujudkan komunikasi Islam yang berkesan. Kertas ini d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suyurno, S Salahudin, Md Sharipp, Muhammad Taufik, Ridzuan, Abdul Rauf, Aini, Zulkefli, Meerangani, Khairul Azhar, Abdul Hamid, Mohammad Fahmi
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54310/1/54310.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54310/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyampaian mesej yang berunsurkan keislaman untuk dijadikan milik bersama adalah tugas setiap komunikator Islam. Justeru, komunikator Islam seharusnya kembali kepada asas penyampaian maklumat yang dikenali sebagai disebut manhaj rabbanīyy demi mewujudkan komunikasi Islam yang berkesan. Kertas ini dikemukakan untuk membincangkan elemenelemen yang terkandung dalam manhaj rabbanīyy dan hubungannya dengan kredibiliti komunikator. Elemen-elemen berkenaan ialah al- hikmah, al-mauʿizah al-hasanah dan almujādalah. Seterusnya, perbincangan juga ditumpukan kepada faktor yang membentuk elemen kredibiliti komunikator Islam seperti amanah, benar, iman, dipercayai, adil, bertanggungjawab dan menggunakan kaedah yang baik. Semua elemen yang dikenalpasti adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah serta kitab-kitab dakwah yang dijadikan pemboleh ubah kajian. Selepas itu, semua elemen disusun mengikut tema tertentu dan mendapatkan pengesahan daripada pakar rujuk daripada bidang pengajian Islam dan komunikasi. Dapatan kajian merumuskan kesemua elemen manhaj rabbanīyy dan kredibiliti komunikator Islam mempunyai nilai Alpha Cronbach yang sangat baik selain bacaan min yang agak tinggi. Melalui analisis faktor penerokaan, ketiga-tiga elemen manhaj rabbanīyy masih disahkan sebagai pemboleh ubah manakala tujuh elemen kredibiliti komunikator menjadi lima selepas dianalisis. Hasil analisis korelasi mendapati terdapat hubungan yang sangat tinggi antara pemboleh ubah manāhij rabbanīyyah dengan pemboleh ubah kredibiliti komunikator Islam dengan nilai pekali korelasinya ialah r=.828, P=<.001.