Pengaruh pendapatan terhadap penglibatan Muslim dalam filantropi ketika kesukaran pandemik Covid-19 / Mohd Zaid Mustafar … [et al.]

Pandemik COVID-19 yang melanda negara memberi impak yang besar terutamanya kepada sektor ekonomi. Pelbagai jenis pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi menangani krisis pandemik khususnya dalam mengawal penularan jangkitan wabak dalam kalangan masyarakat. Bermula dengan Perintah Kawalan Pergerak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafar, Mohd Zaid, Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam, Meerangani, Khairul Azhar, Mohd Fadzil, Muhammad Faidz, Mohd Noor, Muaz
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54308/1/54308.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54308/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 yang melanda negara memberi impak yang besar terutamanya kepada sektor ekonomi. Pelbagai jenis pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi menangani krisis pandemik khususnya dalam mengawal penularan jangkitan wabak dalam kalangan masyarakat. Bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Fasa PKP 1.0 sehingga PKP 3.0 yang berterusan melepasi tempoh satu tahun ini sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatan masyarakat. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, golongan yang kurang bernasib baik ini memerlukan bantuan kewangan sama ada daripada kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, Non-Governmental Organization (NGO) serta masyarakat awam yang prihatin. Pandemik yang berlaku ini seharusnya memberi peluang kepada golongan yang kurang terkesan serta masih lagi mempunyai lebihan pendapatan untuk dikongsikan bersama dengan golongan yang memerlukan. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti pengaruh pendapatan terhadap penglibatan Muslim dalam filantropi ketika kesukaran pandemik COVID-19. Bagi mencapai tujuan ini, sejumlah 424 orang responden telah memberi respon kepada soal selidik yang diedarkan sepanjang tempoh PKP sebagai batasan waktu melalui kaedah persampelan mudah. Hasil kajian mendapati faktor pendapatan mempunyai hubungan positif yang signifikan berdasarkan nilai kolerasi r=0.285 terhadap tahap penglibatan kedermawanan Muslim semasa tempoh PKP. Ujian analisis varian ANOVA pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan tingkat pendapatan terhadap gelagat filantropi Muslim dalam kalangan responden. Dapatan ini sekaligus membuktikan bahawa pendapatan mempunyai pengaruh terhadap proses membuat keputusan untuk menderma dalam kalangan Muslim. Justeru, semua pihak perlu mengambil peranan dalam memberi kesedaran tentang kepentingan amalan filantropi ini agar bebanan yang ditanggung oleh masyarakat terkesan dengan pandemic COVID-19 ini dapat diringankan.