Pelaksanaan wakaf kesihatan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Norizah Mohamed@Haji Daud dan Noorfazreen Mohd Aris

Kesihatan merupakan faktor penting dalam membangunkan masyarakat dalam sebuah negara. Sistem kesihatan awam di Malaysia kini berdepan dengan isu-isu berkaitan dengan penjagaan kesihatan yang semakin mencabar seperti yang dialami oleh negara-negara lain dunia. Namun, antara isu utama yang dihadapi ol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed@Haji Daud, Norizah, Mohd Aris, Noorfazreen
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54307/1/54307.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54307/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesihatan merupakan faktor penting dalam membangunkan masyarakat dalam sebuah negara. Sistem kesihatan awam di Malaysia kini berdepan dengan isu-isu berkaitan dengan penjagaan kesihatan yang semakin mencabar seperti yang dialami oleh negara-negara lain dunia. Namun, antara isu utama yang dihadapi oleh sektor kesihatan di Malaysia adalah peningkatan kos penjagaan sistem kesihatan awam. Kertas kerja ini membincangkan tentang penggunaan dana wakaf yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam penjagaan kesihatan. Institusi wakaf perlu ditransformasikan untuk kekal relevan pada masa kini. Ini kerana wakaf memberikan sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi ummah dengan mengurangkan kebergantungan sistem kesihatan awam terhadap bantuan kerajaan. Sekaligus mengurangkan beban rakyat yang tidak mampu menampung beban kos penjagaan kesihatan yang meningkat lebih-lebih lagi ketika negara berada dalam pandemik COVID-19. Data dikumpulkan dari pelbagai sumber rujukan berkaitan dengan wakaf dan kesihatan serta berdasarkan maklumat berkaitan wakaf kesihatan yang terdapat dalam laman sesawang (website) Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Analisis kajian yang digunakan adalah menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian ini adalah wakaf kesihatan memberikan sumbangan yang signifikan kepada negara. Terdapat pelbagai sumbangan yang telah dijalankan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam pembangunan sosioekonomi ummah yang berkonsepkan wakaf kesihatan seperti kemudahan hemodialisis, mesin dan peralatan perubatan, ubat-ubatan, klinik wakaf, perkhidmatan rawatan kesihatan serta wakaf peralatan khas COVID-19. Untuk memastikan kemampanan dan kelestarian penjagaan kesihatan negara untuk jangka masa panjang, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan pembiayaan penjagaan kesihatan awam di Malaysia dengan menggunakan dana wakaf.