Inisiatif bantuan makanan dalam menangani ketidakselamatan makanan akibat pandemik Covid-19 oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat / Noorfazreen Mohd Aris, Norizah Mohamed @ Haji Daud dan Sharipah Amirah Abas

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia amnya dan Malaysia khususnya sangat memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan negara. Kesan tersebut akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula dari PKP 1.0 sehingga PKP 3.0 bagi membendung penularan virus. Pelaksanaan PKP menyebabka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Aris, Noorfazreen, Mohamed @ Haji Daud, Norizah, Abas, Sharipah Amirah
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54303/1/54303.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54303/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 yang melanda dunia amnya dan Malaysia khususnya sangat memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan negara. Kesan tersebut akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula dari PKP 1.0 sehingga PKP 3.0 bagi membendung penularan virus. Pelaksanaan PKP menyebabkan banyak sektor ekonomi ditutup. Justeru, ramai dikalangan rakyat Malaysia telah kehilangan pekerjaan, hilang mata pencarian untuk isi rumah dan hilang tempat tinggal atas faktor kewangan dan ekonomi. Sumber pendapatan yang berkurangan ataupun tiada langsung telah memberi kesan kepada ketidakselamatan makanan rakyat yang terlibat. Ketidakselamatan makanan berlaku apabila manusia tidak dapat memperoleh makanan yang cukup sepanjang masa untuk kehidupan yang aktif dan sihat. Tanpa makanan yang cukup dan seimbang sama ada dari segi kuantiti atau kualiti nutrien, tahap kesihatan individu akan terjejas. Pelbagai pihak perlu berganding bahu menangani masalah ketidakselamatan makanan ini. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat merupakan institusi utama menguruskan pungutan dan agihan zakat, fidyah dan sedekah. Agihan sumber perlu diagihkan secara menyeluruh kepada mereka yang memerlukan terutama ketika pandemik ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau inisiatif bantuan makanan yang dijalankan oleh MAIN dan Institusi Zakat di Malaysia berikutan berlaku Pandemik COVID-19. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan yang diperoleh dari pelbagai sumber yang terdiri buku, jurnal, kertas prosiding, laman web dan akhbar online. Hasil kajian mendapati MAIN dan Institusi Zakat di setiap negeri telah memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dengan kadar dana dan bentuk bantuan yang berbeza. Bantuan yang diberikan dilihat dapat membantu terutamanya dalam memenuhi keperluan asas golongan yang terjejas.