Analisis Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) berkaitan penentu gelagat filantropi / Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz … [et al.]

Filantropi merupakan suatu pengaplikasian dan kefahaman ilmu Islam yang menjadi kebiasaan serta amalan umat Islam bagi kesejahteraan ummat. Keadaan ini akan lebih signifikan apabila ia dikaitkan dengan musibah yang menimpa sehingga menjejaskan kesejahteraan sosial dan ekonomi kehidupan mereka. Agama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam, Mustafar, Mohd Zaid, Abdul Razak, Abdul Qayuum, Mohd Fadzil, Muhammad Faidz, Mohd Noor, Muaz
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54259/1/54259.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54259/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Filantropi merupakan suatu pengaplikasian dan kefahaman ilmu Islam yang menjadi kebiasaan serta amalan umat Islam bagi kesejahteraan ummat. Keadaan ini akan lebih signifikan apabila ia dikaitkan dengan musibah yang menimpa sehingga menjejaskan kesejahteraan sosial dan ekonomi kehidupan mereka. Agama Islam juga telah menggariskan penekanan amalan filantropi melalui zakat, sedekah dan wakaf. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kajian-kajian mengenai filantropi yang telah dijalankan dan diterbitkan di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Selain itu kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tema perbincangan atau bidang kajian para sarjana dalam penyelidikan mereka mengenai filantropi. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) dan berpandukan kaedah tinjauan literatur sistematik (SLR). Kajian ini merupakan analisis literatur terdahulu berkaitan filantropi dan fokus terhadap artikel yang diterbitkan mulai tahun 2011 sehingga 2021. Hasil kajian mendapati terdapat sejumlah artikel telah dikenal pasti melalui tiga pangkalan data utama iaitu 99 artikel Scopus, 111 artikel Web of Science, dan 22 artikel My Jurnal yang meliputi pelbagai bentuk iaitu artikel jurnal, prosiding seminar, bab dalam buku dan buku. Dari aspek cadangan, kertas kerja dapat menjadi rujukan dalam usaha mengangkat kajian-kajian berkaitan filantropi sekaligus menyumbang kepada perkembangan filantropi di Malaysia. Kajian ini merumuskan terdapat keperluan untuk melakukan kajian lanjutan terhadap aspek yang kurang mendapat perhatian bagi menambah baik pelaksanaan filantropi khususnya di Malaysia.