Sejarah penulisan karya jawi dalam bidang munakahat: suatu tinjauan / Muhammad Faidz Mohd Fadzil … [et al.]

Keharmonian sesebuah keluarga bertitik tolak daripada kesedaran peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang suami sebagai ketua keluarga dan isteri sebagai pembantunya bagi menguruskan hal ehwal urusan rumah tangga berjalan dengan lebih baik. Hakikatnya, kunci kepada kesedaran tersebut adala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fadzil, Muhammad Faidz, Abdul Razak, Abdul Qayuum, Mohd Noor, Muaz, Mustafar, Mohd Zaid, Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54246/1/54246.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54246/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keharmonian sesebuah keluarga bertitik tolak daripada kesedaran peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang suami sebagai ketua keluarga dan isteri sebagai pembantunya bagi menguruskan hal ehwal urusan rumah tangga berjalan dengan lebih baik. Hakikatnya, kunci kepada kesedaran tersebut adalah daripada ilmu-ilmu agama yang diperolehi bersumberkan wahyu daripada al-Quran dan kebanyakannya adalah daripada hadith-hadith Nabi SAW. Dari perspektif sejarah, penulisan karya-karya Jawi di Alam Melayu telah bermula sejak abad ke- 17 Masihi dan berkembang hingga kini. Pada masa kini terdapat karya-karya jawi khususnya yang membicarakan perbahasan munakahat yang telah dijadikan sebagai sumber rujukan utama bagi sesetengah kuliah pengajian dalam negara. Kajian ini cuba menyoroti sejarah awal penulisan karya jawi dalam bidang munakahat yang mana telah menjadikan hadith sebagai dalil asas dalam perbahasan bidang ini. Pengamatan awal terhadap karya-karya jawi yang berkaitan munakahat ini sebahagiannya telah memberi impak yang begitu besar kepada masyarakat kerana ia telah disampaikan menerusi kuliah-kuliah pengajaran dan sebahagian karya-karya ini telah dirumikan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis induktif dan deduktif serta analisis historis terhadap karya-karya lepas yang berkaitan. Kesimpulannya, sumber penulisan karya jawi dalam bidang munakahat didapati agak terhad dari sudut bilangannya dan sebahagian besar karya berteraskan hadith sebagai dalil asas perbahasan.