Kelestarian kewangan sosial golongan miskin rentan melalui mekanisme I-CSR berasaskan Qard Al-Hasan / Norajila Che Man … [et al.]

Situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada kegiatan ekonomi negara dan telah menyumbang kepada peningkatan golongan miskin rentan. Golongan isi rumah rentan atau miskin rentan merupakan istilah baru yang digunakan bagi menggambarkan keadaan atau status seseorang yang ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Man, Norajila, P. Rameli, Mohd Faizal, Wan Jusoh, Wan Noor Hazlina, Mansor, Nurul Hidayah
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54241/1/54241.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54241/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada kegiatan ekonomi negara dan telah menyumbang kepada peningkatan golongan miskin rentan. Golongan isi rumah rentan atau miskin rentan merupakan istilah baru yang digunakan bagi menggambarkan keadaan atau status seseorang yang berubah daripada mampu kepada tidak mampu tanpa mereka bersedia menghadapinya. Fenomena kemiskinan ini boleh berlaku ke atas penduduk di bandar, pinggir bandar atau luar bandar. Kesan sosial terhadap golongan miskin rentan adalah lebih besar disebabkan ketidaksediaan mereka menjadi miskin berbanding golongan yang sedia miskin atau miskin tegar. Oleh itu, perlunya mekanisme yang mapan bagi mencapai matlamat kebajikan sosial dan kesejahteraan ekonomi yang lebih holistik untuk golongan ini. Penawaran produk berasaskan Qard al-Hasan merupakan satu bentuk mekanisme agihan kekayaan yang boleh digunakan untuk mencapai kebajikan sosial dan kesejahteraan ekonomi di samping bertujuan menyalurkan dana bersifat sosial kepada pemegang taruh termasuklah golongan miskin rentan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan melihat kesesuaian mekanisme i-CSR iaitu Qard al-Hasan dalam membantu golongan miskin rentan mendapatkan pembiayaan dari institusi kewangan Islam dan menganalisis potensi Qard al-Hasan sebagai mekanisme i-CSR yang holistik untuk kelestarian kewangan golongan miskin rentan. Kajian ini akan mengadaptasi kaedah kajian eksplorasi melalui kaedah temu bual dan analisis kandungan kajian terdahulu bagi memahami konsep iCSR dan Qard al-Hasan. Kaedah temu bual dilakukan terhadap para informan yang terpilih dan berautoriti dalam mengupas persoalan mengenai i-CSR dan Qard al-Hasan. Kaedah analisis kandungan secara deduktif dan induktif digunakan dalam fasa analisis data. Hasil awal kajian mendapati aktiviti keusahawanan dapat membantu golongan miskin rentan keluar dari kepompong kemiskinan. Justeru, penyediaan produk berasaskan Qard al-Hasan di bawah inisiatif i-CSR dapat membantu kelestarian kewangan sosial golongan miskin rentan ini.