Tinjauan kekangan dan pendekatan bagi pemantapan akidah Islamiyah ummah masa kini / Zanirah Mustafa@Busu … [et al.]

Akidah merupakan tunggak keimanan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Akidah yang utuh bagi seorang Muslim melibatkan kepercayaan dengan rukun Iman yang akan mempengaruhi hala tuju perjalanan hidup seseorang insan, sesebuah masyarakat dan negara. Pada hari ini, ancaman ke atas akidah umat Islam semaki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa@Busu, Zanirah, Adam, Nur Syazana, Hassan Shukri, Hasnah Atikah, Junoh, Noraini
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54223/1/54223.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54223/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akidah merupakan tunggak keimanan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Akidah yang utuh bagi seorang Muslim melibatkan kepercayaan dengan rukun Iman yang akan mempengaruhi hala tuju perjalanan hidup seseorang insan, sesebuah masyarakat dan negara. Pada hari ini, ancaman ke atas akidah umat Islam semakin bertambah apabila dunia menjadi semakin terbuka melalui hubungan sosial yang meluas, kemajuan internet dan kemudahan maklumat.Pemikiran yang bercanggah dengan akidah Islam seperti sekular, liberal dan Syiah mula merebak ke atas generasi muda umat Islam. Umat Islam dikelirukan dengan bahan-bahan yang telah diselewengkan dengan memanipulasikan nas syarak. Justeru, artikel ini bertujuan mengenalpasti kekangan pemantapan akidah dan pendekatan dalam menyelesaikan masalah ummah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif melalui kajian kepustakaan dengan meneliti maklumat yang terdapat dalam al-Quran, buku, artikel journal, makalah, berita dan seumpamanya. Hasil kajian mendapati wujud dua bentuk kekangan dalam memantapkan akidah Islamiyah umat Islam masa kini, iaitu kekangan dalaman dan kekangan luaran.Kekangan dalaman yang paling utama adalah kejahilan dan kedangkalan umat Islam sendiri dalam memahami ajaran Islam. Manakala kekangan luaran yang paling utama pula adalah penularan ideologi sesat dan ancaman musuh Islam yang sentiasa berusaha menjatuhkan Islam secara terang-terangan mahupun secara halus. Namun, segala kekangan ini dapat diatasi dengan sebaiknya apabila semua pihak memainkan peranan masing-masing. Setiap umat Islam perlulah memantapkan diri dengan ilmu dan amal yang berterusan bagi menguatkan jasmani, intelek dan rohani. Setiap keluarga juga perlu mewujudkan suasana harmoni dengan penekanan pendidikan agama Islam bagi setiap ahli keluarga. Masyarakat pula perlu menguatkan solidariti ummah dalam menjaga akidah Islam dan pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah pro-aktif dengan menggubal undang-undang yang khusus dalam memelihara akidah umat Islam. Implikasi kajian ini membantu umat Islam menjaga akidah dengan sebaiknya kerana akidah yang rosak boleh membawa kepada kesyirikan dan guguriman. Kunci kepada anutan agama Islam adalah akidah yang menjadi akar kepada ajaran Islam.