Model muzium patuh syariah di Malaysia: satu pengenalan / Siti Maimunah Kahal … [et al.]

Dalam konteks dunia moden, muzium memainkan peranan penting dalam masyarakat. Apa yang jelasnya, muzium bukan hanya menjadi sumber penjana ekonomi pelancongan untuk sesebuah negara, bahkan ia menjadi alat untuk menerapkan ilmu serta mendidik ahli masyarakat agar bersesuaian dengan pelbagai dasar neg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kahal, Siti Maimunah, Opir, Hajar, Abdul Rahim, Rahimin Affandi, Yahaya, Amiratul Munirah, Zafri, Nor Diyanah
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54211/1/54211.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54211/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam konteks dunia moden, muzium memainkan peranan penting dalam masyarakat. Apa yang jelasnya, muzium bukan hanya menjadi sumber penjana ekonomi pelancongan untuk sesebuah negara, bahkan ia menjadi alat untuk menerapkan ilmu serta mendidik ahli masyarakat agar bersesuaian dengan pelbagai dasar negara; termasuk juga tren pemikiran dan intelektual atau falsafah yang dipegang bersama dalam sesebuah masyarakat. Namun begitu, di sebalik kesemua fakta di atas, masih belum ada lagi kerangka muzium patuh syariah yang boleh digunakan oleh muzium di zaman moden. Hal ini diakui sendiri oleh sarjana muzium Barat yang menegaskan bahawa masih belum ada lagi garis panduan museumologi Islam yang boleh dirujuk. Kelompongan ini menyebabkan sarjana muzium Barat terpaksa bersusah payah mengkaji nas al-Quran dan as-Sunnah serta kitab-kitab Fiqh - untuk mengetahui apa yang dibolehkan dan tidak dibolehkan dalam sesuatu pameran galeri Islam. Apa yang ada setakat ini hanyalah garis panduan dan etika muzium yang ditetapkan oleh ICOM (International Council of Museum). Isi kandungan garis panduan ICOM ini hanyalah garis panduan secara umum semata-mata yang rata-rata di peringkat pelaksanaannya hanya dijalankan mengikut kesesuaian dengan budaya sesuatu masyarakat. Justeru itu, berasaskan kepada fakta ini, kajian ini akan cuba mengemukakan kerangka museumologi Islam yang didasarkan kepada pembelajaran terhadap kerangka museumologi moden yang ditetapkan oleh ICOM. Kajian ini akan menggunapakai kajian kepustakaan berteraskan kepada sumber primari dan sekondari. Kesemua sumber ini akan dianalisa menggunakan world-view Islam. Di akhir kajian, ia bakal melahirkan kerangka museumologi Islam.