Student Timetable Assistant System (Stasys) / Noor Azrin Zainuddin, Nafisah Jamingan @ Amin and Mohamad Azlan Shah Mohamed Azman
Proses pendaftaran kursus adalah sangat penting dan wajib dilaksanakan setiap awal semester oleh pelajar. Pendaftaran kursus akan membenarkan pelajar meneruskan pengajian dan menyusun jadual kuliah dan penghidupan mereka di kampus supaya lebih teratur. Sekiranya gagal berbuat demikian sehingga tempo...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54205/1/54205.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54205/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Proses pendaftaran kursus adalah sangat penting dan wajib dilaksanakan setiap awal semester oleh pelajar. Pendaftaran kursus akan membenarkan pelajar meneruskan pengajian dan menyusun jadual kuliah dan penghidupan mereka di kampus supaya lebih teratur. Sekiranya gagal berbuat demikian sehingga tempoh yang ditetapkan oleh pihak Universiti maka mereka akan menjadi pelajar berstatus gugur taraf iaitu terkeluar dari senarai penuntut Universiti eknologi MARA. Parameter setiap kursus yang di daftar oleh pelajar adalah kumpulan (nama kelas), pensyarah, waktu kuliah serta tutorial dan tempat atau bilik kuliah. Oleh itu para pelajar perlu mengenalpasti jadual setiap kurusus yang diambil melalui sistem yang disediakan oleh universiti iaitu ICRESS (Integrated Course Registration and Scheduling system). Masalah utama yang berlaku adalah pelajar tidak dapat melihat pertindihan kelas secara langsung antara kumpulan bagi setiap kod yang berbeza tersebut, pertindihan jadual kuliah antara kursus yang bebeza hanya dapat diketahui dalam proses menyediakan jadual waktu individu secara manual. Proses ini mengambil masa yang agak panjang dan berulang. Oleh itu untuk membantu pelajar dalam menyelesaikan dan memudahkan kerja menyusun jadual mereka di awal semester semasa tempoh pendaftaran kursus, satu sistem telah dibangunkan yang dijangkakan dapat membantu pelajar terutamanya selain memudahkan tugas-tugas coordinator kursus serta penasihat akademik. Oleh yang demikian, satu aplikasi telah dicadangkan dan dibina bagi membantu dalam masalah ini. Sistem yang dikenali sebagai STASYS dibangunkan mengikut spesifikasi pengguna iaitu pelajar khususnya dan metodologi pembangunan adalah berasaskan kaedah pembangunan sistem berkonsepkan tangkas (agile). |
---|