Kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar-pelajar UiTM Sarawak / Ahmad Rozaini Ali Hasan, Sharifah Anom Omar and Wan Ariffin Wan Yon

Kemahiran membaca Al-Quran adalah merupakan satu keperluan asas bagi setiap umat Islam dan tanpa penguasaan ilmu Al-Quran dari aspek bacaan yang baik akan menyebabkan perlaksanaan ibadah Islam yang lain tidak dapat dijalankan secara sempurna. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasan, Ahmad Rozaini Ali, Omar, Sharifah Anom, Wan Yon, Wan Ariffin
Format: Research Reports
Language:English
Published: Research Management Institute (RMI) 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5249/1/LP_AHMAD%20ROZAINI%20ALI%20HASAN%20RMI%2009_5%201.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5249/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran membaca Al-Quran adalah merupakan satu keperluan asas bagi setiap umat Islam dan tanpa penguasaan ilmu Al-Quran dari aspek bacaan yang baik akan menyebabkan perlaksanaan ibadah Islam yang lain tidak dapat dijalankan secara sempurna. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran membaca AlQuran di kalangan pelajar-pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan, Sarawak. Seramai 56 orang responden telah di pilih untuk menjalani ujian kemahiran membaca Al-Quran dari aspek ujian bacaan dan ujian pengetahuan ilmu Tajwid. Sampel dipilih secara rawak mudah dari kelas-kelas yang mengikuti kursus Prinsip Asas Islam bagi pelajar-pelajar semester satu. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian bacaan Al-Quran dan soal selidik. Data-data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 15.0 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti frekuensi dan peratus. Ujian Crosstab juga dilakukan untuk melihat tahap bacaan pelajar dengan faktor dorongan dan umur mula membaca Al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar berdasarkan peratusan tahap pencapaian bacaan adalah sederhana. Hasil analisis juga menunjukan terdapatnya pengaruh faktor dorongan ibubapa terhadap pencapaian tahap bacaan Al-Quran pelajar. Dapatan juga menunjukkan pelajar-pelajar mempunyai masalah mengenai ilmu tajwid di samping menghadapi kesukaran untuk menyebut dengan sebutan yang betul dan tepat.