Hukuman mati: satu tinjauan dari sudut sejarah perundangan di Malaysia / Rahmath Nisa Segu Alavudin and Jal Zabdi Mohd Yusoff

Kajian-kajian awal yang dijalankan menunjukkan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati yang masih berkuatkuasa di Malaysia pada masa kini telah wujud sejak sekian lama. Ini termasuklah semasa Empayar Kesultanan Melaka yang mana undang-undang adat tetap terus di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Segu Alavudin, Rahmath Nisa, Mohd Yusoff, Jal Zabdi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/51198/1/51198.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/51198/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian-kajian awal yang dijalankan menunjukkan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati yang masih berkuatkuasa di Malaysia pada masa kini telah wujud sejak sekian lama. Ini termasuklah semasa Empayar Kesultanan Melaka yang mana undang-undang adat tetap terus diamalkan disamping wujudnya pengaruh undang-undang Islam. Manakala, di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang adat memainkan peranan yang lebih penting berbanding Semenanjung Malaysia. Secara spesifiknya sejarah perundangan yang ditelusuri membuktikan bahawa hukuman mati telah wujud di dalam Hukum Kanun Melaka (HKM) iaitu kira-kira 605 tahun yang lalu. Fakta ini sekaligus mengukuhkan hujah bahawa hukuman mati pernah dipraktikkan di negara ini sebelum kehadiran penjajah Barat dan pelaksanaan undang-undang mereka. Pengenalan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati di Malaysia, penguatkuasaan serta pelaksanaannya di Mahkamah dilihat pada satu peringkat agak berkembang. Ini ternyata dengan beberapa peruntukan tambahan yang memperkenalkan hukuman mati sama ada secara mandatori atau hukuman alternatif. Justeru itu, di dalam artikel ini, penulis-penulis akan menyelusuri perkembangan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati di Malaysia bagi melihat niat dan hasrat penggubal undang-undang. Hal ini adalah penting dalam konteks perkembangan semasa yang mana terdapat desakan daripada serata peringkat mengenai pemansuhan undangundang yang memperuntukkan hukuman mati.