Metodologi penghasilan indikator bandar Islam / Norizam Lagiman, Ibrahim Ngah dan Ismail Mustari

Kertas kerja ini membincangkan metodologi kajian yang sedang dilaksanakan untuk membangunkan indikator perancangan bandar sejahtera dari perspektif Islam dengan mendalami sumber-sumber berasaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Definisi konsep bandar (madinah) tidak terdapat dalam Al-Qur'an dan As-Sun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lagiman, Norizam, Ngah, Ibrahim, Mustari, Ismail
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50894/1/50894.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50894/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan metodologi kajian yang sedang dilaksanakan untuk membangunkan indikator perancangan bandar sejahtera dari perspektif Islam dengan mendalami sumber-sumber berasaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Definisi konsep bandar (madinah) tidak terdapat dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, namun idea perbandaran dalam lslam terdapat di dalam sumber tersebut. Ini dibuktikan dengan adanya unsur-unsur penting yang boleh menjadi dasar perbandaran sebagaimana terkandung di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Hasil yang telah dicapai oleh para pemikir lslam mengenai teori perbandaran adalah suatu bentuk ijtihad untuk menemukan dasar mengenai indikator tersebut. Kertas kerja ini akan menjelaskan kaedah yang digunakan dalam mengeluarkan indikator bandar sejahtera, dianalisis dan dinilai melalui kaedah istinbat hukum yang disepakati oleh para sarjana Islam dengan merujuk kepada ilmu usul Fiqh dan ilmu ulum Al-Qur’an, Takhrij As-Sunnah pula merujuk kepada ilmu mustalah al-hadis, Ijma‘ dan Qias. Kajian ini turut menggunakan kaedah pengesahan indikator dengan mengambil kira pendapat dari pakar bidang dan akan diuji di lapangan dengan mengaplikasikan indikator kepada bandar sedia ada.