Penghayatan Fiqh Al-Awlawiyyāt yang lestari membina kehidupan harmonis / Kalsom Awang dan Ahmad Fauzee Abdullah

Kebijaksanaan dalam membuat keputusan merupakan antara faktor kejayaan sesuatu urusan. Keputusan berlandaskan akal semata-mata belum mampu memberi kepuasan, sementelahan ia pula dikuasai oleh nafsu. Sudah menjadi sunnatullah bahawa kudrat manusia amat terbatas manakala kehendaknya tinggi menggunung....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Awang, Kalsom, Abdullah, Ahmad Fauzee
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Man
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50800/1/50800.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50800/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebijaksanaan dalam membuat keputusan merupakan antara faktor kejayaan sesuatu urusan. Keputusan berlandaskan akal semata-mata belum mampu memberi kepuasan, sementelahan ia pula dikuasai oleh nafsu. Sudah menjadi sunnatullah bahawa kudrat manusia amat terbatas manakala kehendaknya tinggi menggunung. Fenomena ini jika tidak ditangani secara berhikmah akan membawa kepada kepincangan dan kemusnahan dalam kehidupan. Memandangkan kepada situasi ini maka keputusan atau pemilihan mengikut kaedah yang disarankan oleh Islam merupakan penyelesaian terbaik. Justeru kertaskerja ini akan membincangkan salah satu cabang ilmu dalam Syariat Islam iaitu Fiqh al-Awlawiyyāt. Penghayatan terhadapnya insyaAllah mampu mengatasi kemelut pengurusan yang tidak berkesudahan. Oleh itu kaitan Fiqh al-Awlawiyyāt dengan pengurusan perlu didedahkan bertujuan bagi melahirkan kehidupan yang aman harmoni dan pada masa yang sama dapat menghindari atau sekurang-kurangnya membendung gejala negatif.