Analisa reka bentuk tingkap tradisional dan hubungannya dengan prinsip islam di rumah menara Yaman, ‘Old City of Sana’a’, Yaman / Abdul Hamid Mohammed ... [et al.]

Tingkap merupakan salah satu elemen terpenting di dalam reka bentuk luaran rumah menara Yaman. Peranan tingkap sebagai elemen perantaraan di antara ruang dalaman dan luaran telah menghasilkan variasi bentuk tingkap yang unik seperti mashrabiya, shagus dan qamariya. Kepelbagaian reka bentuk ini mempu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammed, Abdul Hamid, Musa, Muhammad Suhaimi, Talib, Anuar, Jamaludin, Nazrul Helmy, Mohd Said, Mohd Shahrizan, Muhammad, Afzanizam, Mohd Nor, Othman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50745/1/50745.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50745/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tingkap merupakan salah satu elemen terpenting di dalam reka bentuk luaran rumah menara Yaman. Peranan tingkap sebagai elemen perantaraan di antara ruang dalaman dan luaran telah menghasilkan variasi bentuk tingkap yang unik seperti mashrabiya, shagus dan qamariya. Kepelbagaian reka bentuk ini mempunyai hubungkait dengan prinsip privasi (privacy) iaitu karaktor utama reka bentuk kediaman rumah menara Yaman. Prinsip-prinsip lain yang mempengaruhi reka bentuknya adalah pemandangan (view), pencahayaan (light), pengudaraan (ventilation) dan keselamatan (security). Kelima-lima prinsip ini telah menghasilkan pelbagai bentuk, saiz dan fungsi tingkap selari dengan reka bentuk luaran bangunan yang sangat menitikberatkan aspek keindahan. Kedatangan Islam pada tahun ke-6 Hijrah, telah menyebabkan berlaku perubahan sistem sosial dan penambahbaikan terhadap reka bentuk seperti perubahan pada motif dan penafsiran semula pada nama dan maknanya. Kertas kerja ini akan membincangkan peranan tingkap dan reka bentuknya pada socio-budaya masyarakat Yaman. Privasi wanita adalah aspek terpenting yang menjadi intipati reka bentuk kediaman Yaman yang mempengaruhi reka bentuk tingkap. Kajian kes adalah rumah menara Mahsan Maa’id yang terletak di Bandar Lama Sana’a (the Old City of Sana’a). Hasilan kajian mendapati reka bentuk tingkap pada rumah kajian memenuhi prinsip-prinsip yang telah digariskan sama ada dari aspek fungsi dan estetika.