Keberkesanan ujian tanpa musnah terhadap sifat kenyal papan tartal berorientasi (OSB) menggunakan perambatan gelombang ultrasonic / Azman K … [et al.]

Industri berasaskan kayu seperti papan tartal berorientasi (OSB) telah berkembang dengan pesatnya di Malaysia sebagai salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Melalui kajian, bahan-bahan seperti papan tartal berorientasi merupakan alternative terbaik bagi menggantikan penggunaan kayu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: K., Azman, H., Azhan, W. M., Nazri, H.A.A, Sidek
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50521/1/50521.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50521/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri berasaskan kayu seperti papan tartal berorientasi (OSB) telah berkembang dengan pesatnya di Malaysia sebagai salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Melalui kajian, bahan-bahan seperti papan tartal berorientasi merupakan alternative terbaik bagi menggantikan penggunaan kayu-kayu keras disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ia mudah untuk dihasilkan, ringan, utuh serta murah kos penghasilannya. Dengan melihat kelebihan yang ada pada papan tartal berorientasi satu kajian telah dilakukan untuk menentukan sifat fizikal bahan ini secara saintifik. Maka, satu kajian telah dibuat terhadap papan tartal berorientasi (OSB) dalam menentukan sifat kekenyalannya secara ujian tanpa musnah (NDT) menggunakan teknologi perambatan gelombang ultrasonik. Sampel-sampel OSB telah disediakan oleh Unit Teknologi Perkayuan, manakala ujian teknologi ultrasonik di jalankan dengan kerjasama Jabatan Fizik, UPM. Sifat kenyal bahan dapat ditentukan dengan menggunakan alat pengukuran ultrasonik BP5 pada suhu bilik berasaskan kepada masa transit perambatan gelombang yang seterusnya memberikan maklumat tentang modulus kekenyalan. Daripada data modulus kekenyalan, keutuhan dan kekuatan bahan ini akan dapat dianggarkan secara makroskopik.