Kajian taburan nutrien fosfat dan silika di Lembangan Sungai Paka, Terengganu / Suhaimi Suratman … [et al.]

Taburan nutrien terlarut dan partikulat bagi fosfat dan silika telah ditentukan di lembangan Sungai Paka, Terengganu. Disamping itu, taburan klorofil-a juga turut ditentukan untuk menentukan peranan yang dimainkan oleh nutrien terhadap pertumbuhan tumbuhan akuatik tersebut. Sebanyak empat kali pensa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suratman, Suhaimi, Mohd Tahir, Norhayati, Awang, Mohamad, Taib, Mohd Nazrul
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50297/1/50297.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50297/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Taburan nutrien terlarut dan partikulat bagi fosfat dan silika telah ditentukan di lembangan Sungai Paka, Terengganu. Disamping itu, taburan klorofil-a juga turut ditentukan untuk menentukan peranan yang dimainkan oleh nutrien terhadap pertumbuhan tumbuhan akuatik tersebut. Sebanyak empat kali pensampelan telah dijalankan bermula daripada bulan Julai - November 2003. Parameter parameter kajian ditentukan berdasarkan kaedah kolorimetrik. Hasil kajian mendapati kepekatan nutrien fosfat seperti ortofosfat terlarut, jumlah fosfat terlarut dan jumlah partikulat fosfat masing masing dalam julat 2.19-79.25 ppb P, 6.06-108.00 ppb P dan 2.25-53.38 ppb P. Untuk nutrien silika pula, kepekatan silika terlarut,jumlah silika terlarut dan jumlah partikulat terlarut masing-masing ialah 11.48-39.23 ppb Si, 20.63-61.26 ppb Si dan 0.93-37.23 ppb Si. Perbandingan dengan Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) untuk Malaysia menunjukkan ortofosfat dan silika terlarut berada dalam Kelas 1. Taburan klorofil-a pula hanya bargantung kepada taburan nutrien fosfat sahaja. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa kepekatan bagi nutrien fosfat dipengaruhi oleh input antropogenik sementara nutrien silika sebahagian besarnya daripada proses semulajadi.