Pelaporan maklumat kewangan secara sukarela oleh pihak berkuasa tempatan di internet: Kajian di Negeri Pahang / Lily Mazlifa Mustafa … [et al.]

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat pelaporan maklumat sukarela di internet oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Pahang. Secara khususnya kajian ini lebih menjurus kepada pelaporan maklumat kewangan oleh PBT di laman sesawang rasmi. Data untuk tujuan kajian diperolehi dengan merujuk kep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa, Lily Mazlifa, Wan Abdul Rahman, Nor Hawani, Jamaluddin, Sabariah, Md Zeni, Syahida, Yusop, Yuzainizam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50263/1/50263.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50263/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat pelaporan maklumat sukarela di internet oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Pahang. Secara khususnya kajian ini lebih menjurus kepada pelaporan maklumat kewangan oleh PBT di laman sesawang rasmi. Data untuk tujuan kajian diperolehi dengan merujuk kepada sebarang pendedahan maklumat kewangan serta lokasi pelaporan maklumat tersebut di internet. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua 11 PBT di negeri Pahang mempunyai laman sesawang. Namun begitu, penggunaan internet sebagai medium untuk melaporkan akauntabiliti pihak PBT masih di tahap yang rendah. Ini kerana hanya 27% daripada PBT di negeri Pahang melaporkan maklumat kewangan di internet manakala majlis perbandaran (33%) lebih banyak mendedahkan maklumat kewangan di internet berbanding dengan majlis daerah (25%). Dapatan kajian juga mendapati maklumat kewangan yang dilaporkan lebih tertumpu di lokasi penyata kewangan dan data dari jabatan PBT. Pihak PBT dilihat masih belum begitu terbuka untuk mendedahkan penyata kewangan kepada orang awam secara maya khususnya kepada pihak berkepentingan kerana ketiadaan sebarang bentuk kehendak statutori terutamanya daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.