Analisa pembatasan stokastik ke atas kecekapan teknikal di sektor pembuatan di Malaysia: kajian kes bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) / Zalina Zahid and Marziah Mokhtar

Sejak kerajaan Malaysia melaksanakan dasar perindustrian dalam tahun 1980an, ekonomi Malaysia telah berkembang dan telah mencapai tahap yang membanggakan. Ini dapat dilihat dari kadar pertumbuhan dalam KDNK yang tinggi sebanyak 8% dalam tahun 1990-1996, 6% dalam tahun 1997-1999 dan meningkat semula...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zahid, Zalina, Mokhtar, Marziah
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48559/1/48559.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48559/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak kerajaan Malaysia melaksanakan dasar perindustrian dalam tahun 1980an, ekonomi Malaysia telah berkembang dan telah mencapai tahap yang membanggakan. Ini dapat dilihat dari kadar pertumbuhan dalam KDNK yang tinggi sebanyak 8% dalam tahun 1990-1996, 6% dalam tahun 1997-1999 dan meningkat semula ke paras 7% dalam tahun 2000-2003. Mengikut Peter (1990), jika kadar pertumbuhan dalam KDNK dapat dikekalkan pada paras sekurang-kurang 7% setiap tahun, ini akan menunjukkan ekonomi sesebuah negara adalah kukuh. Sektor pembuatan pula merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan produktiviti Malaysia. la menyumbang sebanyak 30.6% (2003) daripada jumlah KDNK dan memberikan pekerjaan kepada 30% gunatenaga negara. Komponen utama dalam industri-industri sektor pembuatan ialah terdiri dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dimana IKS merangkumi lebih daripada 80% jumlah pertubuhan-pertubuhan pembuatan. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah satu perniagaan dengan jualan dagangan yang tidak melebihi RM25 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Industri yang menunjukkan kecekapan teknikal yang tinggi ialah ialah Kitar semula sisa dan sekerap bukan logam (372), Pembuatan perkakasan dan instrument perubatan dan perkakasan dan perkakasan untuk menyukat, memeriksa, menguji, memandu arah dan kegunaan lain , kecuali instrument optik (331), Pembuatan penerima televisyen dan radio, rakaman bunyi atau video atau peralatan rakaman semula dan barangan berkaitan (323), Pembuatan motor, penjana dan transformer elektrik (311), Pembuatan kaca dan produk kaca (261) dan Pembuatan produk petroleum bertapis (232).