Peranan dan fungsi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dalam industri hartanah di Malaysia / Mohd Azanizam Samsudin

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada pembeli rumah dan mempercepatkan tuntutan daripada pembeli rumah. Tribunal ini juga dapat mengurangkan karenah birokrasi dan tidak memerlukan peguam serta keputusan yang dibuat adalah muktamad. Kajian ini membincangka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samsudin, Mohd Azanizam
Format: Student Project
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48074/1/48074.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48074/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada pembeli rumah dan mempercepatkan tuntutan daripada pembeli rumah. Tribunal ini juga dapat mengurangkan karenah birokrasi dan tidak memerlukan peguam serta keputusan yang dibuat adalah muktamad. Kajian ini membincangkan peranan dan fungsi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dalam industri hartanah di Malaysia. Hal ini kerana pembeli rumah terdedah kepada masalah perumahan yang dicipta oleh pemaju perumahan. Masalah ini termasuklah kecacatan hasil kerja, tidak mengikut spesifkasi Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) dan kelewatan penyerahan milikan kosong oleh pihak pemaju kepada pembeli rumah. Selain itu, kajian ini turut membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan jenis-jenis rumah yang terdapat di Malaysia. Kajian temubual turut dilakukan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah. Data-data yang diperolehi akan dianalisis mengikut jenis-jenis tuntutan yang didaftarkan, penyelesaian kes tuntutan, jangka masa kes tuntutan dan nilai kes tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Seterusnya, kajian ini difokuskan kepada cadangan penambahbaikan dalam memastikan keberkesanan fungsi dan peranan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dalam industri hartanah di Malaysia.