BBJ 4.0 (Bebola Bersih Jauhar 4.0) / Suhana Mohamed … [et al.]
BBJ4.0 atau Bebola Bersih Jauhar 4.0 merupakan satu produk inovasi bola lumpur yang dicampurkan dengan larutan EM iaitu Effective Microorganism dan BMO Beneficial Microorganism yang mengandungi banyak mikroorganisma baik termasuk bakteria laktik asid, yis dan bakteria fototrofik. Produk ini mesra al...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Division of Research and Industry Linkages
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47908/1/47908.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47908/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | BBJ4.0 atau Bebola Bersih Jauhar 4.0 merupakan satu produk inovasi bola lumpur yang dicampurkan dengan larutan EM iaitu Effective Microorganism dan BMO Beneficial Microorganism yang mengandungi banyak mikroorganisma baik termasuk bakteria laktik asid, yis dan bakteria fototrofik. Produk ini mesra alam dan termasuk dalam kategori Blue Ocean Strategy, ini kerana kosnya yang rendah tetapi hasil dan impak yang tinggi kepada masyarakat. Tujuan utama produk BBJ4.0 ini diketengahkan adalah untuk membantu membersihkan air dan meninggikan tahap kualiti air terutama di kawasan paya bakau yang merupakan kawasan pembiakan pelbagai spesis kerang-kerangan seperti siput sedut dan kerang. Apabila bola lumpur ini digunakan dengan mencampakkannya ke dalam air, ia akan mendorong pembentukan mikroflora yang merupakan mikroorganisma utama ekosistem dalam sungai dan laut. Air yang telah bercampur dengan bola lumpur ini secara tidak langsung akan dibersihkan melalut rantaian makanan dari plankton dan ikan kecil. BBJ4.0 adalah teknik merawat kolam yang paling effektif dan selamat digunakan namun memerlukan sedikit masa memandangkan proses pemulihan dilakukan menggunakan fungsi bakteria baik. Kelebihan menggunakan BBJ4.0 ini adalah produk ini menggalakkan perkembangan kultur tanpa penggunaan bahan kimia, meningkatkan hasil yang lebih berkualiti yang mana hasil seperti siput sedut, kerang, udang mahupun ikan akan menjadi lebih segar. BBJ4.0 juga dapat membantu menyah amonia, methane dan hydrogen sulfite, menjadikan air lebih bersih dan berkualiti dan yang paling utama ia dapat membantu memelihara alam sekitar. Adalah diharapkan dengan terhasilnya produk BBJ4.0 ini, akan dapat membantu masyarakat untuk menjadikan kawasan persekitaran pantai lebih bersih dan hasil daripada kawasan ini dapat dipertingkatkan sekaligus menambah pendapatan terutamanya nelayan dan para penduduk kawasan pantai. Malah produk ini juga bakal dikomersilkan oleh para penduduk untuk menambah pendapatan mereka kerana kosnya yang sangat rendah namun impaknya yang sangat tinggi dan berkesan. |
---|