Peranan bahasa kedua (Bahasa Inggeris) dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa ketiga (Bahasa Jerman) / Mohd Sofian Abdul Latif, Md Noh Nyata and Mohammad Radzi Manap

Seseorang pelajar sesuatu bahasa ketiga telah mempunyai pengetahuan mengenai pemerolehan dan pembelajaran sesuatu bahasa semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa ibunda dan bahasa kedua mereka. Pengetahuan sedia ada ini seharusnya mereka gunakan untuk memudahkan pembelajaran bahasa ketiga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Latif, Mohd Sofian, Nyata, Md Noh, Manap, Mohammad Radzi
Format: Research Reports
Language:English
Published: Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4728/1/4728.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4728/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seseorang pelajar sesuatu bahasa ketiga telah mempunyai pengetahuan mengenai pemerolehan dan pembelajaran sesuatu bahasa semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa ibunda dan bahasa kedua mereka. Pengetahuan sedia ada ini seharusnya mereka gunakan untuk memudahkan pembelajaran bahasa ketiga mereka. Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa dalam P&P bahasa kedua selalunya melibatkan banyak proses pembangunan kemahiran berbahasa seperti metakognitif, strategi belajar dan lain-lain. Semua kemahiran tersebut digunakan oleh pelajar untuk menguasai bahasa kedua mereka sebaik mungkin termasuklah penggunaannya dalam kehidupan seharian. Ini bermakna seseorang yang bilingual akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu bahasa ketiga berbanding dengan seseorang yang monolingual.Persoalannya ialah aspek P&P manakah yang dapat memudahkan pembelajaran sesuatu bahasa ketiga. Yang jelas di sini ialahtahap penguasaan bahasa kedua pelajar. Semakin tinggi tahap penguasaan bahasa kedua para pelajar semakin mudah proses pembelajaran bahasa ketiga mereka. Namun begitu aspek yang lebih penting ialah jarak linguistik atau tipologi bahasa antara bahasa-bahasa yang terlibat. Semakin dekat jarak linguistik sesuatu bahasa yang dipelajari dengan sesuatu bahasa yang sudah dikuasai maka semakin banyak ia membantu P & P bahasa sasaran.Keutamaan perlulah diberikan kepada aspek-aspek positif seperti persamaan perbendaharaan kata antara bahasa-bahasa yang terlibat berbanding dengan aspek-aspek negatif seperti pemindahan bahasa d a n lain-lain yang boleh mengganggu proses pembelajaran bahasa ketiga. Dalam usaha memantapkan P&P bahasa ketiga tenaga pengajar seharusnya mengeksploitasi pengetahuan sedia ada para pelajar seperti yang dibincangkan di atas. Di samping itu mereka juga perlu menyedari bahawa aspek-aspek tersebut berperanan dalam meningkatkan motivasi para pelajar untuk mempelajari sesuatu bahasa ketiga.