Payung Bebas Tangan / Mohd Fahmi Mazlan
Payung mendapat nama dari perkataan ‘umbra’ daripada orang-orang berbangsa greek di mana dalam bahasa inggeris nya ialah umbrella. Perkataan ‘umbra’ membawa maksud kawasan yang terlindung oleh orang-orang greek. Payung yang sedia ada direka untuk pemakainya berselindung di sebalik cuaca panas dan hu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45729/1/45729.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45729/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Payung mendapat nama dari perkataan ‘umbra’ daripada orang-orang berbangsa greek di mana dalam bahasa inggeris nya ialah umbrella. Perkataan ‘umbra’ membawa maksud kawasan yang terlindung oleh orang-orang greek. Payung yang sedia ada direka untuk pemakainya berselindung di sebalik cuaca panas dan hujan.
Di dalam erti kata lain masyarakat greek pada masa itu mendifinasikan payung sebagai perlindungan dari segala anasir-anasir buruk dan kejahatan. Sesiapa yang berlindung di bawah nya akan terselamat dari segala perkara-perkara buruk.
Pada masa ini penggunaan payung semakin meluas di pasaran maka semakin banyaklah rekaan dan ciptaan terbaru yang di hasilkan. Payung-payung di reka dengan lebih menarik,ringan dan tahan lama bagi menggantikan payung lama yang jauh ketinggalan dan mempunyai pelbagai masalah.
Di antara masalah yang terdapat pada payung sedia ada ialah tidak mesra pengguna, tidak ergonomic, mudah rosak, tidak menarik dan pengguna masih lagi terkena hujan pada tubuh badan mereka. lni membuatkan pengguna sering kali tidak berpuas hati dengan rekaan payung yang sedia ada di pasaran pada masa ini.
Justeru itu satu rekaan terbaru di perlukan agar dapat memenuhi kehendak pengguna yang tidak terhad. Rekaan ini akan memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna yang mahukan keselesaan dan pembaharuan yang lebih menitik beratkan ciri-ciri ergonomic, ringan, mudah untuk digunakan, selamat, futuristic dan tahan lama seiring dengan konsep gaya hidup moden. |
---|