Penerapan nilai spiritual berkenaan konsep makrifah dalam tatabahasa Arab menurut al-Qushayri dalam kitab “Nahw al-Qulūb al-Kabīr” / Zaiton Mustapha, Shahrizal Mahpol and Nur Hafizah Ahmad Tajuddin

Makrifah merupakan suatu keadaan seorang hamba yang mengenal Allah dengan segala sifat kesempurnaanNya. Ia merupakan aspek spiritual yang utama perlu diterapkan dalam disiplin ilmu tatabahasa Arab. Realiti yang berlaku dalam pengajian ilmu tatabahasa ialah perbahasannya terpisah dari aspek spiritual...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustapha, Zaiton, Mahpol, Shahrizal, Ahmad Tajuddin, Nur Hafizah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45138/1/45138.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45138/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makrifah merupakan suatu keadaan seorang hamba yang mengenal Allah dengan segala sifat kesempurnaanNya. Ia merupakan aspek spiritual yang utama perlu diterapkan dalam disiplin ilmu tatabahasa Arab. Realiti yang berlaku dalam pengajian ilmu tatabahasa ialah perbahasannya terpisah dari aspek spiritual yang boleh mendekatkan seseorang kepada Penciptanya. Al-Qushayri (w. 465H) merupakan tokoh ulama sufi terawal yang menerapkan nilai spiritual dalam disiplin ilmu tatabahasa. Artikel ini cuba memaparkan pendekatan baharu tokoh ini yang membahaskan konsep makrifah yang terkandung dalam kitab beliau berjudul “Naḥw al-Qulūb al-Kabir”. Dengan menggunakan metode analisis kandungan (content analysis), kajian mendapati al-Qushayri telah menekankan beberapa syarat dan ciri penting bagi sālikīn untuk mencapai tahap makrifah. Kajian juga mendapati penerapan yang dilakukan dalam karya tersebut adalah berdasarkan pendekatan perbandingan yang merujuk kepada persamaan dua aspek utama. Aspek pertama ialah persamaan dalam penggunaan istilah bagi kedua-dua disiplin ilmu tasawuf dan ilmu tatabahasa. Kedua ialah persamaan pada makna bagi konsep-konsep dalam ilmu tasawuf yang boleh dibandingkan dengan kaedah dalam ilmu tatabahasa. Pendekatan ini juga telah dijadikan panduan oleh ramai ulama sufi terkemudian untuk mengintegrasi dua bidang ilmu ini dalam bentuknya yang baharu dan bersepadu. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pihak yang berkepentingan dalam usaha melahirkan kurikulum bersepadu merangkumi aspek spiritual dalam subjek tatabahasa Arab