Penghasilan produk kraf berteraskan plastik kitar semula HDPE / Hanif Hj. Khairi , Prof. Madya Dr. Marzuki Hj. Ibrahim

Matlamat utama penyelidikan ini ialah untuk membuktikan bahawa plastik terbuang jenis High Density Polyethylene (HDPE) boleh diproses menjadi produk kraf yang berjaya. Bagi mencapai matlamat ini kaedah Penyelidikan Berteraskan Praktik telah diaplikasi melalui dua fasa utama. Fasa pertama merangku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairi, Hanif, Ibrahim, Marzuki
Format: Research Reports
Language:English
Published: Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA 2006
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4413/1/LP_HANIF%20HJ%20KHAIRI%2006_5%201.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4413/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Matlamat utama penyelidikan ini ialah untuk membuktikan bahawa plastik terbuang jenis High Density Polyethylene (HDPE) boleh diproses menjadi produk kraf yang berjaya. Bagi mencapai matlamat ini kaedah Penyelidikan Berteraskan Praktik telah diaplikasi melalui dua fasa utama. Fasa pertama merangkumi kajian secara deskriptif mengenai teori dan konsep rekaan yang berkait rapat dengan arteologi iaitu teori seni reka dan prinsip seni reka. Pada fasa kedua pula, penghasilan artistik dilakukan melibatkan dua tahap utama: 1) proses perkembangan idea melibatkan penghasilan lakaran kecil, lukisan realistik dan lukisan teknikal, 2) proses penghasilan produk kraf yang melibatkan 4 jenis produk iaitu bingkai gambar, jam meja, pemberat kertas dan rantai kunci menggunakan konsep reka bentuk persekitaran. Kesemua hasil produk kraf telah melalui proses evaluasi bagi memastikan kemampuan penggunaan, prestasi mekanikal dan teknikal, dan aspek estetik. Melalui proses evaluasi ini, didapati kesemua produk kraf yang dihasilkan melepasi tahap yang telah ditetapkan. Dengan penghasilan penyelidikan ini diharap ia telah memberi sedikit sumbangan ilmu pengetahuan kepada pereka, pengusaha, pelajar dan masyarakat tentang kepentingan kitar semula serta isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, ia juga dapat membantu industri kraf negara dengan menjana kreativiti dan inovasi melalui penghasilan produk kraf melalui proses dan pendekatan baru sejajar dengan perkembangan semasa negara.