Kajian perbandingan pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan pengawalan risiko (HIRAC) di kalangan pelajar Fakulti Seni Bina Perancangan Dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi Mara (UITM) Sri Iskandar Perak dengan (UITM) Shah Alam Selangor / Mohd Hazril Mohd Napi

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kajian perbandingan pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan pengawalan risiko ( HIRAC ) di kalangan pelajar Fakulti Seni Bina Perancangan Dan Ukur ( FSPU ) di Universiti Teknologi Mara (UITM) terhadap jenis -jenis bahaya fizikal yang terdapat pada bangunan ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Napi, Mohd Hazril
Format: Student Project
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44103/1/44103.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44103/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kajian perbandingan pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan pengawalan risiko ( HIRAC ) di kalangan pelajar Fakulti Seni Bina Perancangan Dan Ukur ( FSPU ) di Universiti Teknologi Mara (UITM) terhadap jenis -jenis bahaya fizikal yang terdapat pada bangunan kajian. Fokus utama kajian adalah untuk menentukan bahaya - bahaya fizikal, menilai risiko - risiko terhadap bahaya fizikal dan menentukan langkah - langkah pencegahan terhadap kedua - dua bangunan kajian tersebut. Kajian ini melibatkan 100 orang pelajar ( FSPU ) daripada ( UITM ) Sri Iskanar Perak dengan ( UITM ) Shah Alam Selangor yang mengambil khusus pengajian Ukur Bangunan, Ukur Bahan, Perancang Bandar, Bangunan dan Arkitek sahaja. Data dikumpul berdasarkan 25 item soal selidik yang dibina berasaskan 5 skala Liket. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi bilangan responden yang terlibat mengikut jenis -jenis bahaya fizikal yang terdapat pada bangunan kajian serta aras risiko keparahan setiap jenis - jenis bahaya fizikal kepada pelajar. Ini menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang terlibat dalam masalah kecederaan mengikut jenis bahaya fizkial ini akan mempengaruhi aras risiko sesuatu bahaya pada bangunan kajian. Namun begitu, bagi langkah keselamatan yang digunakan bagi ke dua - dua bangunan kajian adalah sederhana memuaskan dan perlu ditingkatkan supaya keselamatan pelajar terjamin.