Pampasan ganti rugi ke atas mangsa kemalangan jalan raya: titik integrasi antara diyat dan insurans di Malaysia / Siti Aisyah Samudin

Kemalangan jalan raya merupakan satu bencana akibat kecuaian yang tidak mampu dielakkan. Jangkaan peningkatan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2020 dengan kadar 29 kematian sehari adalah suatu yang amat membimbangkan. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) telah m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samudin, Siti Aisyah
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43445/1/43445.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43445/
https://ejitu.uitm.edu.my/v4/v-vol2-2020
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemalangan jalan raya merupakan satu bencana akibat kecuaian yang tidak mampu dielakkan. Jangkaan peningkatan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2020 dengan kadar 29 kematian sehari adalah suatu yang amat membimbangkan. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) telah mewajibkan setiap pemilik kenderaan untuk memiliki polisi insurans motor bagi untuk melindungi ahlinya daripada sebarang kerugian sebagaimana sebelum kemalangan jalan raya berlaku. Namun, sebagaimana insurans berfungsi untuk melindungi pemegang polisinya, sudah tentu ia tidak memberi apa-apa makna ke atas mangsa yang tidak memiliki polisi insurans. Dalam situasi ini, apakah kaedah pemberian pampasan yang paling efektif agar setiap mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya mendapat hak sewajarnya. Kertas penyelidikan ini mengkaji masalah utama yang timbul akibat kemalangan jalan raya iaitu situasi kebajikan pihak mangsa yang tidak terbela. Kajian ini menggunakan metod analisis kandungan dan temubual di bawah kaedah kualitatif. Lantaran itu, kajian ini mendapati bahawa penyelidikan dalam aspek pemberian pampasan khususnya dari sudut pandang dan sentuhan syariah masih berada di peringkat asas dan belum mendalam. Justeru, penyelidikan ini dilakukan bagi melihat aspek pampasan secara terperinci menurut perundangan Islam (diyat) dengan pampasan dalam perundangan Malaysia dari sudut harmonisasi dan implementasi antara kedua-dua perundangan ini.