Rangkaian neural dalam peramalan daya pukulan SMESY / Mahani Ahmad Kardri, Lily Marlia Abdul Latif dan Norazam Arbin

Dewasa ini telah banyak kajian dalam bidang biomekanikal dilakukan dalam usaha memperbaiki mutu sukan dan mempertingkatkan pencapaian sukan sehingga ke peringkat antarabangsa. Sorotan daripada itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meramal daya pukulan yang dikenakan dalam persembahan smesy sua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Kardri, Mahani, Abdul Latif, Lily Marlia, Arbin, Norazam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43026/1/43026.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43026/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dewasa ini telah banyak kajian dalam bidang biomekanikal dilakukan dalam usaha memperbaiki mutu sukan dan mempertingkatkan pencapaian sukan sehingga ke peringkat antarabangsa. Sorotan daripada itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meramal daya pukulan yang dikenakan dalam persembahan smesy suatu perlawanan badminton dengan menggunakan pendekatan rangkaian neural. Pemain badminton bertaraf dunia dipilih sebagai subjek kajian dan data pecutan linear bulu tangkis pada setiap kerangka pemain dikumpul semasa berlangsungnya sesuatu perlawanan badminton. Fasa persediaan dan keadaan ketika kontak diambil kira sebagai subjek kajian kerana kedua-dua fasa berkenaan memberikan impak yang besar dalam persembahan smesy seseorang pemain badminton itu. Data dianalisis terlebih dahulu menggunakan perisian SPSS dan peramalan daya pukulan tersebut dilakukan menggunakan rangkaian neural dengan perisian MATLAB. Rangkaian neural suap ke hadapan dengan satu aras tersembunyi digunakan bagi tujuan peramalan. Ketepatan ramalan daya pukulan berkenaan dianalisis dengan mengambil kira nilai pekali penentuan, R2 yang tertinggi dan purata ralat perbandingan, MRE yang rendah. Keseluruhan kajian menunjukkan bahawa rangkaian neural dapat memberikan ramalan yang memuaskan dalam meramal daya pukulan yang diumpukkan oleh seseorang pemain itu semasa smesy dilakukan. Ini dapat membantu dalam menjangka corak permainan pemain tersebut dan seterusnya dapat membantu dalam merancang strategi permainan untuk hasil yang lebih baik.