Suruhanjaya hak-hak asasi manusia Malaysia (Suhakam) dan kesedaran masyarakat: Satu kajian kes di Pulau Pinang / Khairiah Salwa Mokhtar and Yessy Octavia Misdi

Malaysia mula bergiat cergas dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hak asasi manusia (UNCHR) pada tahun 1993. Sehubungan itu, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di bawah undang-undang Malaysia telah ditubuhkan dan mula berkuatkuasa pada 9 September 1999. Hal ini diikuti dengan penubuhan Suruha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mokhtar, Khairiah Salwa, Misdi, Yessy Octavia
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42803/1/42803.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42803/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia mula bergiat cergas dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hak asasi manusia (UNCHR) pada tahun 1993. Sehubungan itu, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di bawah undang-undang Malaysia telah ditubuhkan dan mula berkuatkuasa pada 9 September 1999. Hal ini diikuti dengan penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 3 April 2000. Pertubuhan yang bebas daripada mana-mana kuasa ini bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan hak asasi rakyat Malaysia dari pelbagai aspek termasuk hak dan kebebasan bersuara, penyalahgunaan kuasa dan juga kebebasan sistem kehakiman di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kesedaran masyarakat Malaysia tentang kewujudan dan peranan Suhakam. Hasil kajian yang menggunakan kaedah soal selidik dan temubual bersemuka terhadap 304 responden secara rambang di Pulau Pinang ini antara lain mendapati bahawa 46.1 peratus daripada mereka tahu tentang kewujudan dan peranan Suhakam manakala 34.4 peratus menyatakan sebaliknya. 19.7 peratus pula menyatakan bahawa mereka pernah mendengar tentang Suhakam tetapi kurang pasti tentang peranan pertubuhan itu sendiri. Kajian ini juga membentangkan satu analisis kesedaran masyarakat tentang Suhakam dari perspektif-perspektif gender, umur, etnik, tahap pendidikan dan pekerjaan. Dapatan kajian ini dipercayai mampu mengetengahkan kelemahan-kelemahan Suhakam sekaligus membantu pertubuhan ini meningkatkan usaha untuk memperkenalkan diri serta peranannya kepada masyarakat umum. Hal ini secara tidak langsung boleh meningkatkan keberkesanannya sebagai satu dasar awam di negara ini.