Depresi dan kecenderungan membunuh diri di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Kajian tinjauan di Kota Kinabalu, Sabah / Foong Chee Seng and Mazni Mustapha

Kertas kerja ini membentangkan satu kajian yang telah diadakan yang bertujuan untuk melihat hubungan antara depresi dengan kecenderungan membunuh diri di kalangan remaja peringkat sekolah menengah dan universiti. Seramai 222 orang responden di sekitar Kota Kinabalu telah menyertai kajian ini. Satu s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Foong, Chee Seng, Mustapha, Mazni
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42802/1/42802.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42802/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membentangkan satu kajian yang telah diadakan yang bertujuan untuk melihat hubungan antara depresi dengan kecenderungan membunuh diri di kalangan remaja peringkat sekolah menengah dan universiti. Seramai 222 orang responden di sekitar Kota Kinabalu telah menyertai kajian ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Multi-Attitude Suicide Tendency Scale (MAST) (Orbach, Milstein, Har-Even, Apter, Tiano, & Elizur. 1991) [10] yang mengukur kecenderungan membunuh diri dan Beck Depression Inventory (BDI) (Beck, 1967) [1] yang mengukur depresi, dan maklumat sosiodemografik responden telah digunakan di dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan MAST dan BDI adalah tinggi (a = 0.83-0.85). Keputusan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara depresi dan kecenderungan membunuh diri. Depresi turut menunjukkan hubungan yang signifikan dengan empat subskalanya. Dapatan kajian menunjukkan juga bahawa depresi lebih dialami oleh pelajar-pelajar Bumiputera berbanding dengan Bukan Bumiputera dan lebih dialami oleh pelajar dari aliran sastera berbanding dengan pelajar aliran sains. Kecenderungan membunuh diri tidak berbeza secara signifikan di antara jantina, kategori usia, status etnik dan aliran pengajian.