Pengurusan komunikasi keorganisasian: Sejauhmanakah efisiennya? / Wan Idros Wan Sulaiman

Corak pengurusan yang mantap dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan kejayaan kelangsungan pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Peranan pelbagai aspek penting dalam pengurusan tidak boleh dipandang ringan kerana ia bakal menentukan jatuh bangunnya ses...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Sulaiman, Wan Idros
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42727/1/42727.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42727/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Corak pengurusan yang mantap dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan kejayaan kelangsungan pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Peranan pelbagai aspek penting dalam pengurusan tidak boleh dipandang ringan kerana ia bakal menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi lantas memberikan impak yang besar kepada pergerakan ekonomi negara. Justeru, kajian berbentuk deskriptif ini melihat faktor komunikasi sebagai salah satu daripada aspek penting yang disebutkan. Perbincangan kertas ini akan memfokuskan kepada aspek komunikasi keorganisasian yang melihat kepada peranan dan sumbangan majikan-pekerja dalam organisasi dalam usaha untuk melahirkan individu kakitangan yang berinovasi, kreatif. berdaya saing dan peka terhadap keperluan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Seramai 250 kakitangan sektor awam yang dikenalpasti secara rawak sebagai responden kajian telah dipilih dan kesemuanya berkhidmat di Perbadanan Putrajaya, Selangor. Penulisan ini cuba melihat sejauh manakah keefisienan aspek komunikasi di tempat kerja yang boleh menjurus kepada semangat dan motivasi kerja serta kemahiran yang tinggi di kalangan kakitangan dan secara tidak langsung mencerminkan kedudukan dan kekukuhan bidang pengurusan sumber manusia dalam negara. Data kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 10.0 for windows. Di samping kaedah soal selidik sebagai metodologi utama kajian, kaedah temubual juga diadakan dengan pihak pengurusan atasan organisasi bagi mendapatkan maklumat dua hala yang lebih telus dan seimbang. Akhir sekali, kajian dan penulisan ini diharapkan dapat menyumbangkan idea dan pandangan dalam usaha kerajaan untuk melahirkan individu kakitangan yang bersifat k-workers selaras dengan kehendak persekitaran organisasi yang sentiasa berubah-ubah dan secara tidak langsung menyumbang kepada proses mempercepatkan pencapaian taraf negara Malaysia sebagai negara maju