Pembinaan keupayaan melayu dalam arus globalisasi: Satu kajian mengenai nilai keagamaan masyarakat melayu dalam bidang pendidikan / Zakaria Stapa …[et al.]

Agama Islam memainkan peranan yang cukup besar dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu. Kekuatan nilai keagamaan yang ada dalam ajaran Islam telah menjadikan seorang Melayu yang tidak begitu prihatin dengan pelaksanaan ajaran Islam sekalipun akan marah kalau dituduh kafir. Senario ini menun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Stapa, Zakaria, Ismail, Zainab, Muda, Mohd Zamro, Sidik @ Mat Sidek, Roziah, Badaruddin, Faudzinaim
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42644/1/42644.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42644/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agama Islam memainkan peranan yang cukup besar dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu. Kekuatan nilai keagamaan yang ada dalam ajaran Islam telah menjadikan seorang Melayu yang tidak begitu prihatin dengan pelaksanaan ajaran Islam sekalipun akan marah kalau dituduh kafir. Senario ini menunjukkan bahawa nilai keagamaan yang ada dalam ajaran Islam cukup penting dalam segenap aspek kehidupan masyarakat Melayu. Namun, dalam arus globalisasi, apakah nilai keagamaan yang dipegang oleh masyarakat Melayu mempunyai tafsiran agama yang menyeleweng daripada perspektif Islam? Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti nilai-nilai keagamaan yang menjadi pegangan masyarakat Melayu dalam arus globalisasi khususnya dan segi pendidikan, faktor-faktor yang mempengaruhinya serta impak globalisasi terhadapnya. Metod kajian berasaskan tiga teknik pengumpulan data iaitu soal selidik, temubual tidak berstruktur dan pemerhatian. Soal selidik dijalankan ke atas 1500 orang pelajar Melayu yang sedang rnenuntut dalam tahun akhir scsi 2001/2002 di UKM, UM dan UIAM. Temubual tidak berstruktur pula melibatkan 33 orang informan yang bertugas sebagai imam, guru agama, kadi, pensyarah, pegawai hal ehwal agama Islam dan pendakwah di seluruh Malaysia. Manakala pemerhatian pula dilakukan terhadap nilai keagamaan yang dipegang oleh masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian. Untuk melihat hubungan dan menentukan jumlah sumbangan faktor kepada pegangan nilai keagamaan masyarakat Melayu, korelasi product-moment dan regresi multiple linear digunakan dalam kajian ini. Basil kajian menunjukkan bahawa nilai keagamaan yang menjadi pegangan masyarakat Melayu dalam arus globalisasi dari segi pendidikan adalah kuat dan masih tepat dengan ajaran Islam. Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor tempoh bapa responden berada dalam aliran pengajian, tempoh pendidikan bapa responden, tempoh pendidikan ibu responden dan tempoh responden berada di zon merupakan empat faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai keagamaan masyarakat Melayu. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa arus globalisasi tidak begitu menggugat pegangan nilai keagamaan masyarakat Melayu dari segi pendidikan. Namun, masyarakat Melayu sudah mula berasa bimbang dengan impak negatif yang dibawa oleh arus globalisasi, khususnya untuk jangka masa yang panjang. Ekoran daripada kebimbangan tersebut, maka masyarakat Melayu mencadangkan beberapa saranan utama.