Daily Care Baby Centre: penjualan barangan bayi / Norazlin Baharom … [et al.]

Tajuk Rancangan Perniagaan kami ialah Penjualan Barangan Bayi yang kami beri nama Daily Care Baby Centre. Kami telah bersepakat memilih tajuk ini kerana kami menjangkakan perniagaan ini berpotensi untuk maju kerana di lokasi pilihan kami tiada terdapay perniagaan yang mengkhususkan kepada barangan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Baharom, Norazlin, Perman, Sharifah, Musa, Nor Hazarina, Ramli, Nor Rohana, Ismail, Faizatul
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41543/1/41543.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41543/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tajuk Rancangan Perniagaan kami ialah Penjualan Barangan Bayi yang kami beri nama Daily Care Baby Centre. Kami telah bersepakat memilih tajuk ini kerana kami menjangkakan perniagaan ini berpotensi untuk maju kerana di lokasi pilihan kami tiada terdapay perniagaan yang mengkhususkan kepada barangan penjagaan bayi sahaja. Oleh itu, kami telah bersepakat untuk menjalankan perniagaan ini memandangkan kadar kelahiran bayi semakin bertambah dan adanya galakan dari kerajaan untuk mencapai pertambahan penduduk Malaysia seramai 17 juta orang menjelang tahun 2000. Kami telah memilih First floor, Terminal One Shopping Centre, Seremban sebagai lokasi perniagaan kami kerana keluasannya bersesuaian dengan kehendak kami iaitu seluas l500 kaki persegi. Setelah menjalankan beberapa tinjauan dan pemerhatian, kami mendapati Seremban adalah sesuai untuk lokasi perniagaan kami kerana ia merupakan pusat bandar dan pusat himpunan segala aktiviti perniagaan, pentadbiran dan ekonomi di Negeri Sembilan. Taraf hidup penduduk Seremban juga sudah meningkat. Perniagaan ini merupakan perkongsian modal yang disumbangkan sama rata oleh setiap rakan kongsi. Keuntungan dan kerugian akan dibahagi sama rata. Kami berlima telah bersetuju untuk menguruskan sendiri perniagaan ini dengan melakukan kerja-kerja seperti menyusun stok di rak untuk jualan, melayan pelanggan dan menjadi juruwang untuk menjimatkan kos perbelanjaan. Insyaallah ! Kami akan memulakan perniagaan kami ini bermula 1 Januari 2003. Mengikut ramalan ahli ekonomi dijangkakan pada tahun 2003 keadaan ekonomi negara akan pulih seperti sediakala.