Multi Dynamic Party Enterprise / Melina Syahmirza Ahmad … [et al.]

Multi Dynamic Party merupakan sejenis perniagaan yang menjalankan kegiatan menjual pelbagai jenis kelengkapan rumah secara kredit. Perniagaan jenis perkongsian ini diuruskan oleh 5 orang rakan kongsi yang bertanggungjawab sebagai Pengurus Besar, Pegawai Pentadbiran, Pegawai Pemasaran, Pegawai Operas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Melina Syahmirza, Zaini, Rolizawati, Osman, Siti Ainshah, Ahmad, Syaidatul Izan, Abdul Aziz, Zuha
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41521/1/41521.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41521/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Multi Dynamic Party merupakan sejenis perniagaan yang menjalankan kegiatan menjual pelbagai jenis kelengkapan rumah secara kredit. Perniagaan jenis perkongsian ini diuruskan oleh 5 orang rakan kongsi yang bertanggungjawab sebagai Pengurus Besar, Pegawai Pentadbiran, Pegawai Pemasaran, Pegawai Operasi dan Pegawai Kewangan. Kami menawarkan skim ansuran mudah secara kredit kepada para pelanggan kami. Kami menjual pelbagai barangan kelengkapan rumah pelbagai jenama. Bagi tahun pertama jualan, kami menjual barangan seperti set pinggan mangkuk, periuk belanga dan permaidani. Bagi tahun berikutnya, apabila kewangan kami telah kukuh kami turut menjual barangan elektrik, emas dan perabot. Perniagaan yang kami jalankan ini adalah berdasarkan sistem parti dimana kami akan keluar berparti sebanyak 15 kali dalam masa sebulan. Melalui parti ini kami akan mengumpul seberapa banyak tempahan menggunakan skim yang kami tawarkan iaitu skim ansuran mudah secara kredit. Masa untuk kami berparti adalah pada hari Sabtu dan Ahad dan dalam lingkungan pukul 2.00 hingga 5.00 petang. Berdasarkan tinjauan yang telah kami lakukan, masa tersebut adalah sesuai kerana pada masa inilah orang yang bekerja duduk dirumah untuk beristirehat Bersama sama keluarga mereka. Begitu juga dengan surirumah tangga kerana mereka berehat pada waktu ini setelah penat menguruskan rumah tangga dan anak-anak pada sebelah paginya. Perniagaan yang kami jalankan adalah untuk membantu orang-orang kampung yang berpendapatan rendah dan sederhana. Dengan skim ansuran mudah secara kredit yang kami tawarkan ini, mereka juga berpeluang untuk memiliki barangan yang mahal seperti orang yang mempunyai pendapatan yang agak tinggi. Sasaran bagi menaikkan jualan adalah pada musim persediaan menyambut Hari Raya, dan cuti sekolah. Ini adalah kerana pada cuti sekolah adalah juga merupakan musim perkahwinan.