Shalen Consultancy Services / Norhisham Kamaruddin … [et al.]

Agensi perkhidmatan rundingcara perakaunan (accounting consultantagency) adalah salah satu bentuk perniagaan dibidang rundingcara kewangan yang sedang berkembang dengan pesat selaras dengan keperluan semasa serta seiring dengan pertumbuhan yang mampan di bidang ekonomi khususnya dalam sektor industr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Hood, Sh.Hanim Alhabshi, Zakaria, Normanizam, Abdul Latif, Nurulhuda, Jamaluddin, Heizleen, Yahaya, Mohd. Nor, Supiar, Sophina
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 1996
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41516/1/41516.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41516/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agensi perkhidmatan rundingcara perakaunan (accounting consultantagency) adalah salah satu bentuk perniagaan dibidang rundingcara kewangan yang sedang berkembang dengan pesat selaras dengan keperluan semasa serta seiring dengan pertumbuhan yang mampan di bidang ekonomi khususnya dalam sektor industri. Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor merupakan koridor pertumbuhan perindustrian yang sedang membangun dan mempunyai potensi untuk berkembang dengan pesat dan maju. Melaka misalnya merupakan sasaran pelaburan baru yang tidak terkecuali dalam perkembangan ini. Langkah kerajaan negeri mewujudkan zon-zon industri seperti di Batu Berendam, Melaka, Masjid Tanah dan Alor Gajah merupakan satu langkah bijak untuk menarik lebih ramai pelabur tempatan dan luar negeri menjalankan perniagaan di Melaka. Kesan secara tidak langsung kepada langkah ini ialah wujudnya lebih banyak syarikat syarikat bermodal besar, industri kecil dan sederhana dan perniagaan 'sole trader' yang beroperasi di sekitar kawasan pembangunan yang dimaksudkan. Pengurusan perakaunan didalam sesebuah perniagaan samaada syarikat atau 'sole trader ' adalah pen ting. Tanpa adanya komponen perakaunan yang kukuh sesebuah syarikat dan perniagaan itu tidak dapat diuruskan dengan bijaksana dan berkemungkinan berakhir dengan kebankrapan. Tinjauan secara rambang di kawasan sekitar Alor Gajah dan Masjid Tanah mendapati kebanyakan syarikat syarikat kecil dan perniagaan 'sole trader' tidak mempunyai kakitangan yang khusus untuk menyediakan laporan kewangan mereka untuk tujuan rekod dan pencukaian. Ini adalah kerana mereka tidak mampu untuk mengadakan pekerja khusus yang mahir dalam perakaunan oleh sebab sebab tertentu. Mengambil inisiatif daripada perkembangan ini maka kumpulan kami berpendapat bahawa perniagaan berbentuk rundingcara kewangan adalah satu peluang yang bijak serta berpontensi cerah untuk berkembang dengan pesat dan mampu memberi pulangan yang baik.