Envi Care Enterprise: Rawatan Effluen Perindustrian / Mohamed Huzaifah Mohamed Lasin … [et al.]

Air merupakan satu sebatian kimia di antara 2 atom Hidrogen dan 1 atom Oksigen. Air, tidak dapat dinafikan merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia. Kegunaan air merangkumi pengguna domestik, pertanian, perlombongan dan perindustrian. Dalam ketiga-tiga sektor utama terbabit, perin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Lasin, Mohamed Huzaifah, Ahmad, Muhd Dzarif Taqiyuddin, Noor Mohamad, Nor Safrizan, Abd Kadir, Mohd Azli, Jonet, Amri Hasmi
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40355/1/40355.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40355/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Air merupakan satu sebatian kimia di antara 2 atom Hidrogen dan 1 atom Oksigen. Air, tidak dapat dinafikan merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia. Kegunaan air merangkumi pengguna domestik, pertanian, perlombongan dan perindustrian. Dalam ketiga-tiga sektor utama terbabit, perindustrian merupakan antara pengguna air yang terbanyak dalam menghasilkan produk. Antaranya ialah produk makanan, produk yang berasaskan getah dan sebagainya. Pada lewat 80-an sehingga pertengahan 90-an, sektor perindustrian dikuasai oleh pengeluaran produk elektronik. Walaubagaimanapun, ketika kelembapan ekonomi melanda Malaysia bermula Julai 1997, kerajaan telah menggalakkan sektor perindustrian untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan kerana negara banyak mengimport makanan untuk keperluan rakyat. Oleh itu, dalam konteks ini, air akan menjadi antara bahan asas yang penting dalam mengeluarkan produk makanan dan tentunya penggunaan air akan bertambah dengan banyak. Sehubungan itu, pembuangan air yang mengandungi sisa-sisa bahan mentah akan menjadi lebih banyak. Dalam perkara ini, pembuangan effluent perindustrian seharusnya dilakukan berteraskan tanggungjawab mencintai alam sekitar. Berdasarkan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliting, 1974; Pindaan 1997 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliting (Kumbahan Dan Effluen-Efffuen Perindustrian), 1974, Jabatan Alam Sekitar telah menguatkuasakan undang-undang berkenaan pembuangan effluen perindustrian yang mana air buangan perlulah terlebih dahulu dirawat sebelum dibuang ke mana-mana pengairan daratan seperti parit, sungai atau tasik. Mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM 1,000 sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan. Seksyen 25 (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; Pindaan 1997. Berdasarkan kepada tahap pembuangan effluen perindustrian yang diramalkan akan bertambah pada masa beberapa tahun yang akan datang dan kesedaran dalam membantu masyarakat untuk bersama-sama menjaga alam sekitar, kami, ENVI CARE ENTERPRISE telah sebulat suara untuk menubuhkan satu perniagaan yang memberikan khidmat rundingcara dalam Rawatan Effluen Perindustrian khusunya dalam Piawai A. Penglibatan kami dalam perniagaan ini juga adalah sebagai satu usaha untuk membantu mempertingkatkan pembangunan negara dan sekaligus merealisasikan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi. Insya-Allah perniagaan yang kami usahakan ini pasti berkembang seiring dengan pesaing-pesaing kami di samping mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk melahirkan ramai golongan bumiputera dalam bidang perniagaan.