Classic Heritage Hotel / Mohamad Souffie Abdul Rahman … [et al.]

Classic Heritage Hotel adalah sebuah perniagaan hotel bertaraf satu bintang. Perniagaan yang memberi perkhidmatan penyewaan bilik penginapan ini begitu sinonim dengan industri pelancongan. Kami melihat perniagaan ini memiliki potensi yang besar untuk berkembang dan berdaya maju berdasarkan faktor-fa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Mohamad Souffie, Ahmad, Mohd. Nor Din, Abu Ishak, Ahmad Faizul Rahimi, Saini, Nor Faezah, Russin, Huzaimah
Format: Entrepreneurship Project
Language:English
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40341/1/40341.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40341/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Classic Heritage Hotel adalah sebuah perniagaan hotel bertaraf satu bintang. Perniagaan yang memberi perkhidmatan penyewaan bilik penginapan ini begitu sinonim dengan industri pelancongan. Kami melihat perniagaan ini memiliki potensi yang besar untuk berkembang dan berdaya maju berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di bawah. Tahun 1998, yang diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Tahun Sukan dan Rekreasi akan melangsungkan temasya sukan Kuala Lumpur '98: Sukan Komanwel Ke-16. Temasya sukan kedua terbesar di dunia pada September ini akan menjana industri pelancongan negara berikutan kedatangan pelancong luar dan dalam negara untuk menyaksikan temasya sukan tersebut. Secara tidak langsung temasya ini akan mengenalkan Malaysia kepada dunia luar. Krisis ekonomi yang dialami oleh Malaysia sekarang iaitu nilai matawang Ringgit (RM) yang merudum secara tidak langsung menggalakkan pelancong asing datang ke negara ini kerana nilai matawang negara mereka adalah lebih tinggi daripada nilai Ringgit dan kos melancong di negara ini dianggap 'murah' kerana hal tersebut. Kedatangan mereka akan menambahkan permintaan terhadap bilik hotel di negara ini bagi menampung kedatangan para pelancong negara ini. Memandangkan krisis ekonomi ini akan pulih sepenuhnya dalam masa lima hingga tujuh tahun daripada sekarang, kerajaan telah meletakkan industri pelancongan sebagai industri utama negara kerana melalui industri pelancongan wang asing dapat mengalir masuk dengan cepat sekali. Ini amat diperlukan untuk menstabilkan ekonomi dan menaikkan semula nilai matawang Ringgit. Bukan itu sahaja, dengan menggalakkan rakyat tempatan melancong di dalam negara juga dapat mengelakkan daripada wang kita mengalir keluar. Kami menjangkakan bahawa pada tahun 2003, negara Malaysia telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang termasyur di dunia berikutan langkah-Iangkah kerajaan menggiatkan usaha memajukan sektor ini seperti yang dinyatakan di atas. Peningkatan bilangan pelancong seterusnya akan menyumbang terhadap peningkatan keperluan bilik hotel di negara ini dan pengembangan saiz pasaran kami. Maka berdasarkan prospek masa hadapan yang begitu cerah dalam industri perhotelan ini, kami dengan keyakinan yang kukuh dan padu berhasrat ingin menubuhkan hotel ini. Kami percaya sekiranya perniagaan ini diusahakan dengan penuh dedikasi dan kesungguhan, dengan gabungan tenaga pengurusan yang mantap dan pekerja yang berkomitmen tinggi, Insya-Allah sudah pasti perniagaan ini memberikan pulangan yang lumayan.